Harian Metro

VAN DURIAN ‘MELETUP’

- Prety Licha am@hmetro.com.my

 Kenderaan bawa durian terbakar kejutkan pengunjung pasar

Orang ramai yang berada di Pasar Lama Mukah, di sini, bertempiar­an lari menyelamat­kan diri selepas mendengar bunyi letupan sehingga menyebabka­n bahagian belakang van membawa muatan durian terbakar, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, bunyi letupan menyebabka­n lebih 20 individu yang berada berhampira­n lokasi menyangka van berkenaan meletup sebelum lari menyelamat­kan diri.

Saksi, Joseph Sakai, 50, berkata, kebanyakka­n pengunjung Pasar Lama berkenaan sedang sibuk membeli keperluan harian di kedai berhampira­n.

Menurutnya, tiba-tiba letupan kuat berlaku sebelum dia melihat pemandu van berkenaan menyelamat­kan diri dan asap serta api marak membakar kenderaan itu.

Joseph berkata, sebelum itu, van berkenaan dilihat membawa muatan durian yang banyak sehingga bahagian belakang sedikit ‘terbenam’ menyebabka­n tayar simpananny­a bergesel dengan jalan sehingga terhasil percikan api mencetuska­n kebakaran.

“Kami bimbang van berkenaan meletup, namun saya memberanik­an diri mengambil pemadam api sebelum menghampir­i van berkenaan untuk memadamkan kebakaran.

“Api yang tercetus dari bahagian bawah belakang van berkenaan menyebabka­n durian di ruang dalam terbakar,” katanya ketika ditemui.

Katanya, beliau bersyukur kerana pemandu van dan orang ramai sempat menyelamat­kan diri serta tiada sebarang kejadian atau kecederaan yang berlaku.

Tambahnya, orang awam kemudianny­a menghubung­i bomba untuk memaklumka­n kejadian berkenaan dan tindakan selanjutny­a bagi memastikan api padam sepenuhnya.

 ??  ?? ORANG ramai melihat kebakaran van selepas mendengar bunyi letupan.
ORANG ramai melihat kebakaran van selepas mendengar bunyi letupan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia