Harian Metro

TOKAN DADAH DITAHAN

- Razik Zayad hmkk@hmetro.com.my

Tiga lelaki dicekup bersama pelbagai jenis bahan terlarang berjumlah RM42,425

Tiga lelaki dipercayai ‘tokan dadah’ ditahan bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM42,425 dalam serbuan berasingan di sekitar Kota Kinabalu dan daerah Penampang, kelmarin. Dalam serbuan bermula jam 11 pagi hingga 4 petang itu, suspek yang ditahan berusia antara 32 hingga 42 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, hasil maklumat awam dan risikan polis melakukan serbuan di tiga lokasi berasingan, sebelum menahan ketiga-tiga individu berkenaan.

Beliau berkata, polis berjaya menemukan 310 gram (g) ketamin, 437 pil ekstasi, serbuk pil ekstasi 403.50g, lima biji Eramin 5 dan ganja 5 gram.

“Dadah yang dirampas dianggarka­n RM42,425.

“Selain itu, polis merampas kereta Perodua Viva dan wang tunai RM1,000 daripada salah seorang suspek, ” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, suspek ditahan dan dadah dengan kereta terbabit dirampas, sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang untuk siasatan lanjut.

Katanya, berdasarka­n siasatan awal, pihaknya percaya dadah itu untuk dijual kepada penagih dadah di sekitar daerah ini.

Bagaimanap­un, polis masih menjalanka­n siasatan lanjut berhubung kes ini.

“Semua suspek ditahan reman sehingga 11 Januari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia