Harian Metro

5 PATI loloskan diri dari PTS dikesan

-

Kota Kinabalu: Polis Kota Kinabalu mengedarka­n foto lima lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) yang meloloskan diri dari Pusat Tahanan Sementara (PTS), Manggatal, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, suspek berkenaan berusia 23 tahun hingga 62 tahun dan berasal dari Filipina.

“Lima suspek yang masih bebas dalam kejadian itu dikenali sebagai Muhamad Amir Sulaiman, 23, Aliji Sadain, 23, Azmi Alim, 29, Totong Alipudin, 35, dan Mus Mansul, 62.

“Sehubungan itu, polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu untuk tampil segera membantu penangkapa­n suspek.

“Semua maklumat boleh disalurkan kepada mana-mana balai polis berhampira­n atau menghubung­i Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu Inspektor Paul Lia di talian 014-5969134,” katanya, semalam.

Pada kejadian jam 6.45 petang Isnin lalu, seramai tujuh penghuni PTS terbabit dipercayai melarikan diri selepas mengambil kesempatan daripada kelekaan pengawal bertugas.

Dua daripada suspek ditahan berhampira­n lokasi kejadian, manakala lima lagi berjaya meloloskan diri.

Dalam pada itu, Chandra berkata, pihaknya masih menjalanka­n siasatan lanjut berhubung kes itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan,” katanya.

Kelmarin, Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, siasatan awal mendapati punca semua suspek itu lolos adalah kerana kecuaian penjaga pusat tahanan berkenaan.

Beliau berkata, susulan kejadian, polis turut mengadakan perbincang­an dengan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) bagi memastikan kejadian ini tidak berulang.

 ??  ?? MUHAMAD Amir
ALJI Sadain
AZMI Alim
TOTONG Alipudin
MUS Mansul
MUHAMAD Amir ALJI Sadain AZMI Alim TOTONG Alipudin MUS Mansul

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia