Harian Metro

KENAL PASTI

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

Tindakan pemilik akaun Facebook yang mengeluark­an komen ugutan terhadap petugas operasi menangkap anjing liar mengundang padah apabila mereka kini dalam ‘radar’ pemantauan polis.

Komen ugutan itu dimuat naik kelmarin ekoran rasa tidak puas hati terhadap operasi yang dijalankan Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) Sarawak bagi mengawal wabak rabies di beberapa bahagian di negeri ini.

Bimbang keselamata­n selain tidak mahu timbul perasaan takut dalam kalangan kakitangan yang bertugas dalam operasi berkenaan, laporan polis dibuat Pengarah JPV Sarawak Adrian Susin Ambud di Balai Polis Padawan, petang kelmarin.

Mengesahka­n laporan yang dibuat itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, pihaknya sudah meneliti komen yang dikeluarka­n pemilik akaun berkenaan yang berbaur ugutan terhadap kakitangan JPV.

Menurutnya, dalam komen yang dikeluarka­n itu, individu terbabit mencadangk­an agar mereka yang terbabit dalam operasi menangkap anjing liar itu dibunuh.

“Manakala ada individu lain yang mencadangk­an agar menjalanka­n sekatan jalan raya bagi melepaskan semula anjing yang ditangkap selain menggunaka­n kekerasan untuk menghalang operasi berkenaan.

“Polis sudah mengenal pasti pemilik akaun FB yang memuat naik kenyataan ugutan berkenaan dan mereka akan dipanggil dalam tempoh terdekat untuk diambil keterangan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Beliau berkata, polis memandang serius komen berbaur ugutan kepada penjawat awam yang menjalanka­n tugas dan tindakan sewajarnya

Pemilik Facebook tulis komen ugutan akan dipanggil polis

akan diambil kepada pemilik akaun FB berkenaan.

Katanya, polis juga mengingatk­an orang ramai supaya lebih berhati-hati untuk memuat naik sebarang komen di laman sosial dan tidak menimbulka­n sebarang unsur ugutan yang menyalahi undang-undang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmat­an rangkaian untuk menyebarka­n berita palsu.

Rabu lalu, kerajaan negeri membuat keputusan untuk menangkap anjing dan kucing terbiar bagi mengawal wabak rabies yang dikesan di beberapa bahagian di Sarawak selain mengurangk­an risiko digigit binatang yang mengidap penyakit berkenaan.

 ??  ?? ANTARA komen yang dimuat naik pengguna laman sosial.
ANTARA komen yang dimuat naik pengguna laman sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia