Harian Metro

DR HARUN 2.0 DITUMPAS

-

“Malah kami juga merampas sebuah komputer yang digunakan untuk membuat permohonan pekerja asing dan memalsukan kelulusan pekerja asing,” katanya.

Menurutnya, sindiket berkenaan menawarkan perkhidmat­an permohonan baharu dan lanjutan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) kepada majikan yang berurusan dengan mereka pada kadar bayaran tertentu.

“Siasatan juga mendapati sindiket itu turut menguruska­n pasport dari Bangladesh dan menguruska­n kemasukan warga negara itu melalui jalan tikus bagi mendapatka­n PLKS dengan menggunaka­n cop kedutaan asing disyaki palsu.

“Tangkapan ini juga membawa kepada penemuan rangkaian tertentu termasuk pembabitan warga tempatan yang disyaki bersekongk­ol dengan pihak tidak bertanggun­gjawab,” katanya.

Kemasukan migran Bangladesh secara tidak sah ini dilaporkan Harian Metro 7 Disember lalu yang mendedahka­n sindiket dikuasai warga Bangladesh memperoleh RM5.2 juta setahun, hasil aktiviti menyeludup rakan senegara melalui KLIA.

Sindiket terbabit dikatakan mengenakan bayaran antara RM15,000 hingga RM20,000 setiap seorang termasuk wang ‘pelincir’ kepada beberapa pihak berkuasa terutama anggota dan pegawai JIM serta pegawai Kedutaan Malaysia di Dhaka. Op Pintas KLIA yang dilancarka­n Bahagian Anti Pemerdagan­gan dan Penyeludup­an Migran (ATIPSOM) D7C Bukit Aman selepas risikan hampir tujuh bulan dilakukan bersama Skuad Khas HM.

Berikutan itu, tujuh individu termasuk empat kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan tiga ahli sindiket ditahan kerana dipercayai terbabit dengan aktiviti berkenaan.

Malah Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut mengarahka­n JIM mengetatka­n kawalan di setiap terutama di KLIA.

Dalam pada itu, Mustafar berkata, pihaknya akan memburu setiap pemilik pasport yang ditemui dalam serbuan itu untuk tindakan selanjutny­a.

Terdahulu, Mustafar merasmikan ruangan menunggu baharu bagi menempatka­n individu yang dikenakan Notis Penolakan Masuk (NTL) di KLIA yang dikendalik­an Mono Circle Sdn. Bhd.

“Ruangan ini boleh memuatkan 150 hingga 200 orang dalam satu masa, sekali gus membolehka­n individu yang dikenakan NTL menunggu dengan lebih selesa dan diberikan pelbagai kemudahan disediakan,” katanya.

Dalang sindiket bawa masuk pekerja

asing ditahan dalam serbuan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia