Harian Metro

JERAT BANGKOK

Tatkala enam warga kita ditahan di Bangkok semalam, sindiket Malaysia Scam dilaporkan rancak membuka cawangan pusat panggilan di Thailand, Laos dan Vietnam untuk menipu rakyat kita di tanah air. Mereka yang mahu bekerja di sebagai operator pusat panggilan

- lapor Nurul Hidayah Bahaudin

6rakyat kitaanggot­a

Malaysia Scamditaha­n

diThailand

Sindiket penipuan Malaysia Scam didalangi warga tempatan mula melebarkan sayap apabila membuka cawangan di Thailand, Laos dan Vietnam.

Malah tawaran gaji lumayan hingga mencecah RM6,000 menyebabka­n segelintir rakyat Malaysia sanggup berhijrah ke luar negara selepas ditawarkan pekerjaan sebagai operator pusat panggilan. Individu terbabit juga dijanjikan tempat tinggal manakala perbelanja­an ditanggung sindiket tanpa mengetahui tugas hakiki mereka adalah untuk menipu rakyat Malaysia yang dihubungi dari luar negara.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial

Enam warga Malaysia anggota sindiket ditahan di Thailand

(JSJK) Bukit Aman (Siber dan Siasatan Multimedia), Senior Asisten Komisioner Ahmad Noordin Ismail berkata, taktik itu dikesan diguna pakai sindiket Macau Scam dengan menjerat rakyat tempatan untuk bekerja dengan mereka sebagai petugas pusat panggilan di luar negara.

“Kami mengesan beberapa negara yang dijadikan pusat panggilan sindiket berkenaan termasuk Thailand, Laos dan Vietnam dengan menjerat rakyat tempatan untuk bekerja dengan gaji lumayan.

“Kebanyakan individu yang ditawarkan sindiket berkenaan adalah golongan muda yang mahu mendapatka­n pekerjaan kerana mereka mudah dilatih bagi meyakinkan mangsa supaya menyerahka­n wang melalui panggilan telefon,” katanya.

Ahmad Noordin berkata, ada antara individu yang dipaksa sindiket melakukan kegiatan itu cuba melarikan diri namun gagal kerana dokumen perjalanan ditahan pihak sindiket bagi mengelak mereka meloloskan diri.

“Sebelum ini lapan rakyat Malaysia termasuk dua wanita berusia 19 hingga 27 tahun bersama seorang lelaki warga Taiwan berusia 29 tahun yang terbabit dengan sindiket itu ditahan pihak berkuasa Thailand di Bangkok pada 29 Oktober tahun lalu,” katanya.

Awal pagi semalam pula, polis Thailand menahan enam lelaki warga Malaysia dalam serbuan berasingan di bilik hotel didiami di Bangkok kerana disyaki terbabit dalam sindiket sama.

Polis turut merampas pelbagai buku akaun bank, kad kredit, kad ATM dan resit pengeluara­n wang, kad SIM, telefon pintar serta wang tunai dalam Thai Bath dan Ringgit Malaysia daripada semua suspek.

Ahmad Noordin berkata, berdasarka­n tangkapan itu, pihaknya percaya masih ada lagi sindiket sama yang memperdaya­kan rakyat Malaysia untuk dijadikan sebagai pemanggil bagi memperdaya mangsa di negara

di beberapa negara Asia lain.

Beliau berkata, pelbagai kaedah diguna pakai sindiket terbabit bagi mengelak kegiatan itu dikesan pihak berkuasa sama ada di negara ini atau negara luar yang dijadikan sebagai pusat panggilan melalui kaedah Voice Over Internet Protocol (VOIP).

“Orang ramai dinasihati berhati-hati ketika menerima panggilan daripada individu yang mendakwa sebagai pegawai bank atau anggota polis bagi mengelak jadi mangsa penipuan sindiket berkenaan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? DUA daripada enam rakyat Malaysia yang ditahan di Bangkok dipercayai anggota Malaysia Scam. BARANG yang dirampas oleh polis Thailand.
DUA daripada enam rakyat Malaysia yang ditahan di Bangkok dipercayai anggota Malaysia Scam. BARANG yang dirampas oleh polis Thailand.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia