Harian Metro

PENYAMUN SOLO DARI KL

- Rudy Syareme Sheriffudi­n am@hmetro.com.my

Seorang pemandu teksi di Kuala Lumpur sanggup datang ke Pulau Pinang semata-mata untuk menyamun kedai 24 jam sebelum dicekup polis bersama peluru dan pistol dalam serbuan di rumahnya di Kampung Nagalilit, Padang Serai, Kedah, pagi semalam.

Lelaki berusia 35 tahun yang sudah berkahwin itu dikatakan bertindak seorang diri menyamun sebuah kedai 24 jam di Jalan Bagan Luar, Butterwort­h jam 11.32 malam kelmarin dengan bersenjata­kan sepucuk pistol.

Dia berjaya melarikan diri namun kelibatnya dijejaki sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (IPDSPU) yang kemudian membuat serbuan jam 11 pagi selepas menerima maklumat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri Senior Asisten Komisioner Datuk Zainol Abdul Samah berkata, dalam kejadian berkenaan, suspek dipercayai masuk ke dalam premis dan berpura-pura membeli roti.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek ke kaunter kononnya untuk membuat pembayaran sebelum mengeluark­an sepucuk pistol dan mengacukan ke arah pekerja sebelum meminta menyerahka­n wang.

Katanya, suspek mengambil wang tunai bernilai RM110 di dalam laci kaunter sebelum melarikan diri dengan menaiki kereta Proton Perdana.

“Tindakan suspek tanpa topeng itu dicam pekerja kedai 24 jam itu, malah kejadian itu dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di dalam premis itu sebelum satu laporan polis dibuat.

“Berikutan itu, Op Tutup dilancarka­n sebelum polis melancarka­n serbuan di sebuah rumah di Kampung Nagalilit, Padang Serai dan menahan suspek,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy

Mohd Noor.

Zainol berkata, hasil pemeriksaa­n ke atas suspek kemudian menemui sepucuk pistol jenis Smith and Wesson bersama enam butir peluru terselit pada pinggang suspek.

Beliau berkata, pemeriksaa­n lanjut ke atas kereta suspek kemudian menemui 14 butir peluru di dalam beg di dalam bonet serta sarung pistol dan geran kenderaan.

“Siasatan mendapati suspek mengaku terbabit dalam dua kes samun kedai 24 jam di Butterwort­h pada minggu lalu dan polis menemui semula wang tunai RM110 yang disamun suspek selain menjalanka­n siasatan bagaimana suspek memiliki senjata api serta 20 butir peluru itu.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 392/397, Kanun Keseksaan iaitu samun dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara 14 tahun atau denda dan sebatan.

“Siasatan turut dilakukan mengikut Seksyen 8, Akta Senjata Api 1971 dan Seksyen 8 (a), Akta Senjata Api 1960 dan suspek akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatka­n perintah tahanan reman esok (hari ini) untuk siasatan lanjut,” katanya.

Pemandu teksi sanggup

ke Pulau Pinang samun kedai 24 jam

RM110

 ??  ?? ZAINOL (tengah) bersama pegawainya menunjukka­n sepucuk pistol dan peluru yang dirampas daripada pemandu teksi berusia 35 tahun.
ZAINOL (tengah) bersama pegawainya menunjukka­n sepucuk pistol dan peluru yang dirampas daripada pemandu teksi berusia 35 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia