Harian Metro

Fakhrul terkejut video tular

-

Kuala Lumpur: Penyanyi Fakhrul Razi, 38, terkejut apabila video dia menyanyika­n lagu Hindi dengan baju Melayu ketika menjayakan program Dil Hai Hindustani terbitan stesen TV di India, tular sejak beberapa hari lalu.

Kata Fakhrul, dia tidak menjangka pembabitan­nya pada program itu menarik perhatian ramai.

“Sebenarnya program ini berlangsun­g tahun lalu tapi ketika itu tak ramai yang tahu. Apa saya lakukan hanya untuk kepuasan peribadi.

“Namun saya terkejut apabila ia tular di Malaysia baru-baru ini. Saya berasakan perjuagan dihargai dalam kalangan orang nusantara.

“Ketika menyertai program ini, saya tidak mewakili mana-mana pihak. Walaupun saya bangsa Melayu dan berasal dari Brunei, pembabitan saya ini sekali gus mewakili nusantara dan Asean secara keseluruha­nnya,” katanya kepada Harian Metro.

Penyanyi asal Brunei dan pernah menjadi

Komentator program D’Academy Asia 3 itu berkata, dia memilih baju Melayu kerana bersesuaia­n dengan identiti dan personalit­inya.

“Jika ada yang berbangga dengan saya dan berasa terinspira­si sama ada mereka orang Brunei, Malaysia, Singapura atau Indonesia, saya rasa dihargai dan dihormati.

“Sepanjang menyertai pertanding­an ini, saya belajar banyak perkara. Selepas ini saya tidak fikir ia akan menjadi kejutan jika saya menyertai lebih banyak pertanding­an bertaraf dunia.

“Saya meletakkan diri sebagai artis yang tiada genre kerana ini adalah seni,” katanya.

Menerusi pertanding­an itu, Fakhrul menempatka­n diri sehingga ke top 11 bersama dua lagi peserta dari luar negara.

 ??  ?? FAKHRUL
FAKHRUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia