Harian Metro

Sepang HARIAN METRO

- Nursyahira­h Marzuki am@hmetro.com.my

Dua lelaki warga Bangladesh termasuk seorang yang digelar Dr Harun 2.0 ditahan kelmarin kerana disyaki terbabit dalam sindiket membawa pekerja asing secara haram ke negara ini.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Datuk Seri Mustafar Ali berkata, kedua-dua suspek yang berusia lewat 30-an ditahan selepas sepasukan anggota Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan jabatan itu menyerbu sebuah premis di Pandan Indah, Ampang, Selangor.

Beliau berkata, suspek turut dipercayai menjalanka­n aktiviti berkenaan dengan berselindu­ng di sebalik perniagaan pembinaan, import, eksport dan perniagaan am.

“Bertindak atas maklumat orang awam, kami menumpaska­n sindiket membawa pekerja asing secara tidak sah yang berselindu­ng di sebalik syarikat perniagaan diusahakan mereka bersama warga tempatan.

“Malah hasil pemeriksaa­n yang dilakukan, kami menemui 258 pasport Bangladesh, dua pasport Indonesia, 26 keping E-Kad dan 11 cop getah kedutaan asing yang disyaki palsu digunakan suspek dalam menjalanka­n sindiket ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan NTL Holding Lounge Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Datuk Badlisham Ghazali.

Mustafar berkata, lelaki itu digelar Dr Harun 2.0 kerana menjalanka­n aktiviti jenayah yang menggunaka­n modus operandi seperti sindiket Dr Harun didalangi warga Myanmar yang ditumpaska­n jabatan itu Mac tahun lalu.

Menurutnya, dalam serbuan jam 5.30 petang itu, pihaknya turut menemui pelbagai dokumen lain termasuk buku resit pembayaran dan wang tunai RM1,600.

 ??  ?? MUSTAFAR ketika sidang media sindiket pemalsuan dokumen warga asing di KLIA, semalam.
MUSTAFAR ketika sidang media sindiket pemalsuan dokumen warga asing di KLIA, semalam.
 ??  ?? BARANGAN yang dirampas dalam serbuan ke sebuah premis
di Pandan Indah, Ampang.
BARANGAN yang dirampas dalam serbuan ke sebuah premis di Pandan Indah, Ampang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia