Harian Metro

Mahu lupa pengalaman pahit

-

Kuantan: Gadis berusia 17 tahun, Nur Syaminn Nabila Mohd Shapawi yang dilarikan lelaki menyamar ‘Sarjan Faiz’ ingin melupakan kejadian malang menimpanya selain berhati-hati dengan orang tidak dikenali selepas ini.

Katanya, dia menganggap kejadian itu sebagai ketentuan perlu ditempuh dan episod yang tidak mahu dihadapi lagi pada masa akan datang.

Ketika dihubungi, di sini, semalam, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Ruan, Raub, itu memaklumka­n dia kini dalam fasa untuk memulihkan semangat dan menumpukan perhatian terhadap peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan didudukiny­a tahun ini.

“Yang lepas biarlah berlalu, saya tidak mahu lagi bercakap soal itu, apa yang penting dia (suspek) sudah ditangkap,” kata pelajar tingkatan lima itu.

Nur Syaminn memaklumka­n, selama kira-kira tiga hari ‘ditawan’ suspek, lelaki terbabit mengajakny­a berkahwin namun ditolak dan gelang serta rantai emas miliknya diambil ‘Sarjan Faiz’.

Katanya, dia akan memulakan persekolah­an minggu depan kerana mendapat cuti sakit daripada Hospital Kuala Lipis, Lipis iaitu tempat dia dihantar untuk pemeriksaa­n selepas ditemui di sebuah stesen bas di Raub, pada 29 Disember tahun lalu.

Sementara itu, ibunya Wan Maziah Wan Mat, 38, berkata keluargany­a bersyukur apabila penjenayah terbabit berjaya ditahan polis semalam sekali gus menyelesai­kan kes berkenaan.

“Alhamdulil­lah, lega orang jahat itu sudah ditahan. Saya kini lebih berhati-hati berdepan orang tidak dikenali,” katanya.

Ibu kepada empat anak itu berkata, Nur Syaminn akan dipanggil sekali lagi oleh polis untuk membantu siasatan sama ada hari ini atau esok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia