Harian Metro

Ikhlaskan niat hanya kerana Allah

-

Tahun 2017 meninggalk­an kita bersama segala detik suka dan duka kita rasai sebelum ini.

Namun, kehadiran 2018 pasti membuatkan kebanyakan daripada kita berazam menjadi insan lebih baik dengan melakukan kebaikan dan mencipta kejayaan.

Namun, dalam Islam ada satu pesanan besar kepada seluruh umatnya. Pesanan ini berkait rapat dengan amalan yang kita lakukan sama ada diterima atau tidak.

Berkemungk­inan sebelum ini kita banyak lakukan kebaikan dan pengorbana­n. Tetapi pernah atau tidak kita muhasabah kembali adakah amalan itu diterima Allah SWT? Cuba tanya diri sendiri sebab kita saja tahu niat melakukan sesuatu kebaikan itu.

Perkara ini nampak remeh tetapi impaknya sangat besar sebab ia berkaitan dengan kejayaan di dunia serta akhirat. Tidak salah mahu mengejar kemewahan dan kepentinga­n duniawi.

Tetapi yang rugi apabila kita hanya niat sekadar inginkan dunia. Kita lakukan sekadar untuk memuaskan diri dan orang di sekeliling kita sahaja. Inilah orang yang paling tidak bijak.

Sedangkan orang yang paling bijak kata Nabi SAW yang diriwayatk­an Syadad bin Aus ra: “Orang yang paling bijak adalah yang muhasabah dirinya sendiri serta melakukan amalan untuk kehidupan sesudah kematian.

“Sedangkan orang yang lemah adalah yang mengikuti hawa nafsunya serta berangan terhadap Allah SWT dengan mendapat kebaikan di akhirat tanpa melakukan amalan kebaikan di dunia.” (HR Imam Tarmizi)

Lalu bagaimana kita mahu bahagia di dunia serta di akhirat? Inilah yang dikatakan pentingnya menjaga niat dan memperbaik­i niat kita.

KERJA DUNIA JUGA DAPAT PAHALA IBADAH

Menurut pengarang kitab Ta’limul mutaa’llim fi thoriqi attaa’llum, kerja dunia juga mampu mendapat pahala di akhirat hanya disebabkan niat.

Malah amal ibadah yang dapat membantu kita bahagia di akhirat pun tidak semestinya diberi ganjaran pahala sekiranya tersalah niat. Begitulah pentingnya niat dalam melakukan sesuatu perkara termasuk dalam amal ibadah ataupun kerja harian.

“Sesungguhn­ya setiap amalan tergantung pada niatnya dan setiap orang akan mendapatka­n apa yang diniatkan. Siapa yang hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya untuk Allah dan RasulNya.

Siapa yang hijrahnya kerana mencari dunia atau wanita yang dinikahiny­a, maka hijrahnya kepada yang ia tuju.” (HR Bukhori dan Muslim).

Hadis itu sering kita dengar dan terkenal dalam kalangan penuntut ilmu. Hadis ini terletak hadis yang pertama di awal tajuk dalam kitab himpunan hadis 40.

Pernahkah kita terfikir kenapa para ulama meletakkan hadis ini pada tajuk pertama dalam kitab himpunan hadis 40 yang sangat masyhur.

Sebahagian ulama memberi pandangan bahawa hadis itu ialah kunci utama kepada semua amalan kebaikan yang lain. Hadis ini membicarak­an berkaitan niat yang menentukan seseorang berjaya sekadar di dunia saja atau berjaya di akhirat.

Ulama ingin menjelaska­n pentingnya niat dalam melakukan sesuatu kebaikan. Sekiranya kita lakukan tujuan untuk perkara duniawi, maka kita hanya akan dapat perkara duniawi sahaja tetapi apabila seseorang berniat melakukan sesuatu perkara bertujuan mendapat reda Allah, maka Allah akan memberi kejayaan kepadanya di dunia dan akhirat.

Seperti mana kalimah yang kita pernah dengar “utamakan yang akhirat, dunia datang saja.” Malah sekiranya kita melakukan banyak kebaikan tetapi niat kita salah, maka segala kebaikan kita tidak dikira pahala di sisi Allah. Ini sangat malang.

Dan sekiranya kita sudah berusaha berkorban melakukan kebaikan tetapi kita hanya fikir untuk mendapat ganjaran di dunia semata, maka apabila kita meninggal dunia dan di hadapan Allah nanti seakan-akan kita tidak membawa apa-apa bekalan disebabkan niat mendapat perkara dunia sahaja. Ini sangat menyedihka­n.

Disebabkan itu, ulama sangat menitikber­atkan bab niat dalam kebaikan sehingga hampir kesemua kitab rujukan membicarak­an bab ini terlebih dahulu sebelum menyentuh bab yang lain.

Oleh itu sebagai manusia yang mempunyai pelbagai azam dan impian, kita perlu berusaha menjaga niat. Jadikan segala kerja harian kita juga termasuk mendapat pahala ibadah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia