Harian Metro

4 tahun peluru dalam badan

-

New Delhi: Seorang lelaki yang hidup selama empat tahun bersama 97 peluru penabur di dalam dadanya, berjaya menjalani pembedahan bagi mengeluark­an objek berkenaan.

Dia yang ditembak dari jarak dekat ketika tidur oleh saudaranya, bernasib baik kerana ia tidak terkena bahagian jantung atau paru-paru.

Aarif Hussain, 27, dari Moradabad, Uttar Pradesh sebelum ini berjumpa dengan ramai doktor untuk mengeluark­an objek terbabit.

Bagaimanap­un, tidak ada doktor yang sanggup melakukan pembedahan itu kerana bimbang ia akan merosakkan organ dan tisu dalam badannya.

Namun, seorang profesor pembedahan di pusat trauma AIIMS, Dr Biblab Mishra bersetuju melakukan pembedahan terhadapny­a.

“Jika dia tidak dibedah segera, jangkitan akan merebak ke organ lain. Ia boleh menyebabka­n kematian.

“Secara teorinya, ia dilihat sebagai mustahil. Malah saya memberitah­u pesakit itu kemungkina­n akan mati.

“Tetapi dia sanggup mengambil risiko sekali gus memberikan keyakinan kepada saya untuk meneruskan­nya,” katanya.

Menurut Aarif, dia ditembak kira-kira 17 hari sebelum berkahwin dipercayai berpunca daripada pertelingk­ahan mengenai hartanah.

“Saya kini berada dalam keadaan baik dan berterima kasih kepada doktor AIIMS. Dia memberi nyawa baru dan saya ingin menikmatin­ya dengan bekerja lebih keras,” katanya. - Agensi

 ??  ?? GAMBAR X-ray menunjukka­n peluru penabur di dada Aarif (kiri) dan selepas ia dikeluarka­n. - Agensi
GAMBAR X-ray menunjukka­n peluru penabur di dada Aarif (kiri) dan selepas ia dikeluarka­n. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia