Harian Metro

TUAH AKSI CEMERLANG

- Mohd Rafi Mamat sukan@hmetro.com.my

Pencapaian cemerlang di peringkat kebangsaan membolehka­n Mohd Nor Afiffuddin Sahari dan Nurfahmida Zamanhuri muncul olahragawa­n dan olahragawa­ti 2017 Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) Kuantan.

Kejayaan bermakna dilakar Mohd Nor Afiffuddin yang menuntut dalam jurusan Kejurutera­an Awam ialah ketika membantu pasukan POLISAS muncul juara Liga Premier Futsal Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Pelengkap kepada kejayaan apabila dia mewakili skuad futsal negara muncul naib juara kejohanan Sukan Tahunan antara Universiti Malaysia-Indonesia (SUKMALINDO) dan menduduki tempat keempat Kejohanan Futsal Piala Rafhely Specs VII 2017.

Sementara itu, kejayaan meraih satu emas dan dua perak pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Politeknik (MSP) 2017 membuktika­n Nurfahmida sebagai atlet muda berprestas­i tinggi dan mempunyai peluang cerah dalam sukan berkenaan.

Pingat emas diraih dalam acara lompat jauh manakala perak dalam acara lari berpagar 100 meter dan 4x100 meter.

Pada kejohanan sukan Institut Pendidikan Malaysia (SIPMA), dia menduduki tempat ketiga acara 4x100 meter.

Dalam kejohanan karnival sukan POLITEKNIK (MSP) pada Mei tahun lalu, penuntut jurusan elektronik itu berjaya membantu pasukan POLISAS meraih tempat keempat acara bola jaring.

Bagi Mohd Nor Afiffuddin yang berasal dari Sungai Isap, di sini, selepas melakar kecemerlan­gan di peringkat kebangsaan dia kini berusaha melangkah lebih jauh dengan mewakili negara di pentas antarabang­sa.

“Pengalaman di peringkat kebangsaan diharap menjadi kelebihan kepada saya meneruskan aksi dalam sukan futsal ke peringkat lebih jauh lagi bersama pasukan negara kelak.

“Saya ingin menjadikan kejayaan dalam bidang akademik seiring dengan futsal yang kini semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat sukan di negara ini,” kata penuntut semester lima itu.

Sementara itu, bagi Nurfahmida yang menuntut di

 Afiffuddin, Nurfahmida muncul olahragawa­n

dan olahragawa­ti 2017 POLISAS

semester empat berkata, usaha melakar kejayaan dalam bidang olahraga akan diteruskan walaupun dibebani pelbagai tugas.

“Saya ingin mewakili negara satu hari nanti, walaupun cita-cita itu sukar dicapai namun usaha memburunya tetap diteruskan,” kata anak kelahiran Melaka itu.

 ?? FOTO: MOHD RAFI MAMAT ?? AFIFFUDDIN bersama Nurfahmida dinobatkan olahragawa­n dan olahragawa­ti 2017 POLISAS .
FOTO: MOHD RAFI MAMAT AFIFFUDDIN bersama Nurfahmida dinobatkan olahragawa­n dan olahragawa­ti 2017 POLISAS .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia