Harian Metro

TARUHAN TERBAIK

-

 Gandingan Syamer, Nor Azam kemudi bahagian tengah hadapi saingan AFC B-23

Gandingan Syamer Kutty Abba dan Nor Azam Azih dilihat sebagai taruhan terbaik untuk mengemudi bahagian tengah skuad bawah 23 tahun negara (B-23) bagi mengharung­i saingan getir Kejohanan AFC B-23 di Changshu, China bermula Rabu depan.

Kelibat dua pemain itu mula mendapat perhatian ketika membantu skuad muda negara kendalian Datuk Ong Kim Swee meraih pingat perak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Syamer, 20, dilihat memiliki kelebihan dari segi fizikal untuk bertahan dan memenangi bola manakala Azam, 23, diakui mempunyai kemahiran teknikal, hantaran baik serta visi ketika mencipta serangan.

Bagi Syamer, dia percaya kombinasi bersama Azam bertambah baik namun masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki menjelang aksi pembukaan Kumpulan C menentang juara edisi 2013, Iraq kemudian Jordan dan Arab Saudi.

“Alhamdulil­lah, permainan saya semakin baik dengan Azam tapi tak selamat lagi tempat dalam kesebelasa­n utama. Saya masih kena berusaha merebut tempat, semua pemain yang ada sudah bersedia.

“Saya harap dapat kekalkan tempat dalam kesebelasa­n utama dan beraksi lebih baik,” katanya ketika ditemui semalam.

Selain Syamer yang bakal mewakili Johor Darul Ta’zim (Johor DT) musim depan serta tonggak Pahang, Azam, Kim Swee memiliki Daniel Amier Norshisham (FELDA United) dan Nik Akhif Syahiran Nik Mat (Kelantan) untuk menggerakk­an jentera tengah.

Skuad negara yang dibarisi 23 pemain bertolak ke Changshu dari Nanjing pagi semalam selepas aksi persahabat­an dengan Syria B-23 dibatalkan akibat cuaca sejuk melampau.

Bagi Syamer yang menjaringk­an gol penyamaan ketika seri 1-1 dengan Mokpo City FC dalam salah satu daripada tiga aksi persahabat­an di Korea Selatan bulan lalu berasa agak kecewa dengan pembatalan perlawanan itu.

“Kecewa juga sebab ini medan terbaik untuk kami uji apa yang kami belajar selama ini. Syria juga dari negara Arab, kami boleh uji taktikal dan apa yang kami belajar. Tapi Alhamdulil­lah kami ada tiga perlawanan persahabat­an di Korea sebelum ini untuk kami bersedia,” katanya.

 ??  ?? SYAMER menjalani latihan bersama rakan.
SYAMER menjalani latihan bersama rakan.
 ??  ?? KIM Swee (lima dari kanan) menunjukka­n strategi latihan kepada skuad B-23.
KIM Swee (lima dari kanan) menunjukka­n strategi latihan kepada skuad B-23.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia