Harian Metro

Mudah serasi di lokasi

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Eyka senang dengan sikap Daler yang peramah dan mudah diajak berbincang

Tidak pernah berjumpa dan mengenali antara satu sama lain. Kemudian ditemukan dalam drama bersiri sudah tentu memberikan cabaran kepada dua pelakon baru dan muda ini untuk mencari keserasian bagi menjayakan watak mereka.

Tambahan pula drama bersiri Nota Buat Cempaka yang bakal ditayangka­n RTM ini menemukan

Eyka Farhana dan Daler Yusof sebagai pasangan kekasih. Ditemui di lokasi penggambar­an, mereka meluahkan rasa gembira kerana ditemukan buat kali pertama.

Menurut Eyka, walaupun sebelum ini dia tidak pernah mengenali Daler, tetapi dia pernah menonton lakonannya dalam Titian Cinta.

Katanya, dia tahu watak Ryan yang dibawakan Daler menjadi ‘trending’ dan diminati ramai.

“Sepanjang saya bergelar pelakon, saya tidak banyak mendengar orang bercakap mengenai Daler sehinggala­h drama Titian Cinta menjadi popular. Pada hari pertama penggambar­an Nota Buat Cempaka, barulah saya kenal siapa dia.

“Pada saya, sebagai pelakon untuk mengenali siapa pasangan kita dalam filem adalah lebih baik kita mengenalin­ya di set penggambar­an,” katanya.

Walaupun tidak pernah mengenali antara satu sama lain sebelum ini, Eyka tidak berdepan masalah sepanjang dua bulan bersama Daler untuk mencari keserasian bagi menjayakan watak mereka sebagai pasangan kekasih.

Katanya, pada hari pertama dia sudah mendapat keserasian. Kunci utama kepada perkara itu datang daripada sikap Daler sendiri yang peramah dan mudah diajak berbincang.

“Walaupun baru, kami sama-sama berusaha dan berkongsi ilmu. Sebelum memulakan penggambar­an, Daler akan datang dan bertanyaka­n bagaimana babak itu mahu dilakukan. Saya juga melakukan perkara sama,” katanya.

Bercerita mengenai rakan lakonnya yang baru dikenali itu, Eyka berkata, selain peramah dia hormat dengan sikap jejaka berusia 26 tahun itu yang tidak pernah meninggalk­an solat lima waktu walau sesibuk mana sekali pun.

 ??  ?? EYKA serasi dengan Daler walaupun kali
pertama berlakon bersama-sama.
EYKA serasi dengan Daler walaupun kali pertama berlakon bersama-sama.
 ??  ?? ANTARA babak dalam Nota Buat
Cempaka.
ANTARA babak dalam Nota Buat Cempaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia