Harian Metro

Gunung Datuk uji setia kawan

45 pendaki Kelab LITRAK dan SPRINT sampai lebih awal hasil disiplin tinggi serta kerjasama kuat pasukan

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Percubaan kali pertama Kelab LITRAK dan SPRINT iaitu pengendali lebuh raya di Lembah Klang mendaki Gunung Datuk di Rembau, Negeri Sembilan, membuahkan hasil apabila seramai 45 peserta terdiri warga kerjanya berjaya menawan puncak gunung setinggi 855 meter itu, barubaru ini.

Malah, mereka berjaya mencatat tempoh pendakian lebih awal daripada jangkaan dan misi tercapai hasil disiplin tinggi serta kerjasama yang kuat dalam satu pasukan.

Setiausaha kelab Fauziah Hayat berkata, perjalanan mereka ke puncak bermula jam 6.30 pagi dari Solok Sengkuang Cabin D’Village yang terletak kira-kira satu kilometer dari kaki gunung berkenaan.

Sebelum memulakan perjalanan dengan bantuan lima penunjuk arah, mereka terlebih dulu mendaftar dan membayar permit kebenaran mendaki RM5 setiap seorang di pondok Jabatan Perhutanan.

Pendakian ke puncak dilakukan pada awal pagi supaya peserta sempat sampai ke puncak sebelum matahari terbit dan turun ke kaki gunung pada tengah hari. Ini kerana, peserta dijangka pulang dan tiba di ibu pejabat di Subang Jaya jam 5 petang berikutan sebahagian peserta perlu masuk kerja keesokan hari dan memerlukan rehat secukupnya.

“Gunung Datuk menjadi lokasi pertama bagi ahli kelab yang baru berjinakji­nak dengan kegiatan lasak mendaki gunung. Semangat, stamina dan kerjasama yang ditunjukka­n peserta amat memuaskan, walaupun kebanyakan­nya pertama kali menyertai pendakian seumpama ini.

“Peserta yang menyertai program ini menjalani dua kali sesi latihan jasmani dikendalik­an panel pendaki terdiri enam warga kerja yang sudah lama terbabit dalam aktiviti mendaki gunung.

“Latihan turut merangkumi persediaan awal dari segi teori dan amali seperti asas bantu kecemasan, seni asas ikhtiar hidup, asas bacaan peta dan kompas, asas ikatan, keselamata­n dan bagaimana bekerja secara berpasukan,” katanya.

Fauziah berkata, pendakian itu turut bertujuan mendidik warga kerja mengamalka­n gaya hidup sihat dan ia diadakan di luar daerah selaras konsep persatuan ke arah menjana belia berfikiran luas, matang dan berpengeta­huan.

“Laluan berbatu menguji kekuatan mental dan fizikal peserta untuk tiba ke puncak dalam jangka masa ditetapkan. Bagaimanap­un, kemudahan disediakan banyak membantu kami mendaki laluan curam dan berehat seketika kerana majoriti peserta masih baru dalam aktiviti ini.

“Selepas hampir tiga jam mendaki, kepuasan terpapar pada wajah semua peserta apabila tiba di puncak Gunung Datuk. Walaupun kepenatan, suasana alam hutan dara yang mendamaika­n di sepanjang perjalanan membuatkan kami terpesona dengan kebesaran Ilahi.

“Secara tidak langsung, peserta dapat mempelajar­i pentingnya alam semula jadi dalam kehidupan manusia dan diharap mereka menghargai khazanah alam yang tinggal serta mempunyai kesedaran untuk tidak membuat pencemaran,” katanya.

Menurut Fauziah, ada peserta yang keletihan dan terpaksa berhenti beberapa kali kerana faktor usia. Malah, ada juga yang tidak larat hingga beg galas mereka terpaksa dipikul peserta muda.

“Saya sendiri hampir putus asa untuk meneruskan pendakian kerana terlalu penat.

Namun, dorongan dan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia