Harian Metro

HIMPUNAN DUA RETRO

- Omar Ahmad metahad@hmetro.com.my

Pemilik motosikal berkuasa tinggi dan kereta antik bergabung meriahkan Year End Auto

Meet Old Skool 2017

Kelibat penunggang motosikal berkuasa tinggi atau kehadiran kereta antik di jalan raya sentiasa mencuri tumpuan ramai.

Tidak dinafikan, ramai dalam kalangan masyarakat kita meminati jentera berkuasa tinggi atau jentera klasik walaupun tidak semua mampu ‘membela’, apatah lagi memilikiny­a.

Bagi mewujudkan ikatan persahabat­an atas minat sama, KJ Bikers Garage dengan kerjasama PNB Commercial Sdn Bhd menganjurk­an Year End Auto Meet Old Skool 2017 di Perling Mall, Johor, barubaru ini.

Acara ini mendapat perhatian apabila lebih

100 penunggang motosikal berkuasa tinggi terdiri daripada 20 kumpulan ‘geng motor’ dari seluruh negeri hadir memeriahka­n acara.

Menurut penganjur, Datuk Jamaluddin Mansor, program itu adalah acara tahunan yang dilakukan secara santai bertujuan menghimpun­kan pemilik motosikal berkuasa tinggi dan pemilik kereta lama.

“Acara sepanjang dua hari ini berjaya mengumpulk­an 100 pemilik motosikal berkuasa tinggi dan kereta klasik dari era 1960-an hingga 1980-an.

“Matlamat kita menghimpun­kan pemilik dan penunggang motosikal sebagai menghargai minat mereka yang gemarkan dunia permotoran,” katanya.

Jamaluddin berkata, dengan acara seumpama itu, mereka boleh bertukar pandangan dan idea membabitka­n pemilik motosikal berkuasa tinggi serta kenderaan klasik.

“Apa yang lebih penting, acara seperti ini boleh mengeratka­n hubungan sama ada penunggang motosikal berkuasa tinggi atau pemilik kereta klasik.

“Bukan itu sahaja, pemilik motosikal berkuasa tinggi lain turut hadir memeriahka­n suasana,” katanya.

Menurut Jamaluddin, antara kereta klasik dipamerkan termasukla­h Triumph Splitfire 1968, Volkswagen Beettle 1963, Austin A35 1963 dan Minimok 1970.

“Semua kereta antik ini berada dalam keadaan baik dan masih boleh bergerak.

“Selain kereta antik, acara turut dimeriahka­n dengan kehadiran motosikal klasik antaranya Vespa, BSA, Triumph dan Norton.

“Semua peserta adalah rakyat negeri ini dan saya berasa kagum apabila semua jentera mereka dalam keadaan baik termasuk enjin dan fizikal,” katanya.

 ??  ?? 1. PENGUNJUNG melihat pelbagai jenis motosikal berkuasa tinggi dan klasik yang dipamerkan.
2. JAMALUDDIN (duduk kiri) bergambar bersama pemilik motosikal berkuasa tinggi ketika Year End Auto Meet
Old Skool 2017 di Perling Mall.
3. MOTOSIKAL klasik...
1. PENGUNJUNG melihat pelbagai jenis motosikal berkuasa tinggi dan klasik yang dipamerkan. 2. JAMALUDDIN (duduk kiri) bergambar bersama pemilik motosikal berkuasa tinggi ketika Year End Auto Meet Old Skool 2017 di Perling Mall. 3. MOTOSIKAL klasik...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia