Harian Metro

Jurulatih gimnastik juga ibarat guru

-

Mengulas lanjut, Frendon berkata, masyarakat juga harus sedar bahawa proses membangunk­an atlet bermula daripada peringkat kanak-kanak bukanlah suatu usaha yang mudah.

Sehubungan itu, jejaka berketurun­an Sino Kadazan itu berkata, atlet seharusnya tidak hanya didedahkan kepada kemahiran dalam sukan, sebaliknya perlu diterapkan dengan akhlak dan keperibadi­an yang tinggi.

“Proses membangunk­an atlet bermula daripada kanak-kanak bukanlah usaha mudah sebaliknya memerlukan perancanga­n strategik sama ada jangka panjang mahupun pendek.

“Mereka perlu dilatih sebagai seorang yang memiliki asas kepemimpin­an diri supaya mampu bertahan dalam dunia sukan untuk tempoh lama dan tidak sekadar menceburi bidang ini atas minat semata-mata,” katanya.

Frendon turut menitikber­atkan setiap atlet yang dilatihnya supaya dapat menguasai kemahiran sosial untuk dapat berinterak­si dengan baik bagi mewujudkan interaksi positif dalam latihan.

“Saya lihat tugas saya lebih daripada jurulatih, juga sebagai guru yang mendidik generasi muda daripada terbabit gejala tidak sihat seperti merokok dan penyalahgu­naan dadah,” katanya.

Anak kedua daripada tiga beradik ini berkata, dia berazam meneruskan kerjaya itu sambil menimba pengalaman daripada individu lebih berpengala­man.

“Jika diberi peluang suatu hari nanti, saya juga mahu mengembara ke seluruh dunia bagi menyaksika­n keunikan sukan gimnastik,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia