Harian Metro

‘SARJAN’ FAIZ TERPERANGK­AP

- Mohd Fauzi Abdullah fauzie@hmetro.com.my

Lelaki menyamar pihak berkuasa larikan

remaja 17 tahun akhirnya ditangkap

Selepas 10 hari menjadi buruan, lelaki menyamar ‘Sarjan Faiz’ yang melarikan Nur Syaminn Nabila Mohd Shapawi, 17, dari rumahnya di Kampung Ulu Gali, Sungai Ruan, Raub, pada 27 Disember tahun lalu akhirnya dtahan polis di Ipoh, Perak, awal pagi semalam.

Difahamkan, ketika ditahan jam 2.05 pagi oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman di dalam kereta Proton Satria di depan sebuah hotel di Jalan Dr Nazrin Shah, Ipoh, suspek berusia 32 tahun itu bertindak agresif dalam usaha memboloska­n diri namun berjaya dicekup selepas berlaku pergelutan.

Tidak cukup dengan itu, suspek dikehendak­i polis mempunyai lebih 10 rekod jenayah yang beralamat di Taman Bukit Indah, Bentong, cuba menyogok anggota dengan RM100 supaya tidak menahannya.

Hasil pemeriksaa­n ke atasnya polis turut menemui sepucuk pistol bersama kelopak peluru dipercayai palsu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Senior Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, hasil siasatan mendapati suspek pernah terbabit dalam beberapa kes jenayah di negeri ini iaitu di Mentakab mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, Brinchang (mencabul), Pekan (mencuri kenderaan) dan Raub mengikut Seksyen 363 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan (culik dan menyamar sebagai penjawat awam).

Katanya, suspek turut terbabit dalam kes jenayah di Bakri, Johor dengan menyamar sebagai penjawat awam, Chukai, Terengganu (merogol) dan Kuala Lumpur (mencuri kenderaan).

“Suspek sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub dan ditahan reman selama empat hari sehingga Selasa ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 363 dan 170 Kanun Keseksaan kerana menculik serta menyamar sebagai penjawat awam.

“Polis merampas Proton Satria dinaiki suspek, serangkai anak kunci kereta, sepucuk pistol dan kelopak peluru palsu dan dua telefon bimbit serta wang tunai RM100,” katanya.

Katanya, ujian saringan air kencing dijalankan terhadap suspek mendapati lelaki terbabit negatif.

Othman berkata, operasi memburu suspek dijalankan dengan kerjasama polis kontinjen negeri lain selepas identiti lelaki terbabit dikenal pasti.

Harian Metro pada 29 Disember tahun lalu melaporkan kehilangan Nur Syaminn selepas dia dikatakan dibawa suspek terbabit konon untuk membantu mengambil motosikal dibeli di pekan Sungai Ruan dengan meminta izin kepada ibu mangsa di rumahnya kira-kira 11 pagi pada 27 Disember.

Pada 3 petang hari sama, Nur Syaminn menghubung­i Wan Maziah memaklumka­n dia berada di Gua Musang, Kelantan, bersama suspek mengaku anggota Balai Polis Sungai Ruan itu sebelum talian dimatikan.

Gadis berkenaan kemudian ditemui selamat di sebuah stesen bas di bandar ini jam 11.05 pagi, 29 Disember selepas menaiki bas dari Kuala Lumpur dan dibawa polis untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Raub Superinten­dan Wan Mohd Zahari Wan Busu mendedahka­n suspek berbadan kurus, kulit sawa matang, rambut pendek lurus dan bermisai nipis.

 ??  ??
 ??  ?? SUSPEK ditahan
di Perak.
SUSPEK ditahan di Perak.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 4 Januari lalu.
LAPORAN Harian Metro 4 Januari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia