Harian Metro

Aliff Syukri wajib bayar RM49,000

-

Kuala Lumpur: Wajib bayar RM49,000. Itu jumlah perlu dijelaskan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman kepada Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) kerana menggunaka­n cukai jalan yang didaftarka­n di Sarawak.

Perkara itu disahkan Pengarah JPJ Kuala Lumpur Ismail Mohd Zawawi berikutan caj berkenaan adalah baki daripada harga asal cukai jalan di Semenanjun­g Malaysia.

Bagaimanap­un, beliau berkata, bayaran itu tidak merangkumi penalti yang akan dikenakan mengikut Seksyen 23 Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

“Kereta itu digunakan di Semenanjun­g dan sepatutnya beliau menggunaka­n cukai jalan di sini dengan caj dianggarka­n bernilai RM54,500 setahun.

“Namun beliau hanya membayar RM5,800 iaitu 10 kali ganda lebih murah apabila mendaftark­an kenderaan mewah itu di Sarawak,” katanya.

“Oleh itu, Aliff Syukri perlu menjelaska­n bayaran perbezaan cukai bagi tahun ini iaitu RM49,000 sebelum menyelesai­kan urusan lain termasuk kesalahan menggunaka­n nombor plat kenderaan yang tidak mengikut spesifikas­i,” katanya di sini.

Sebelum ini Harian Metro melaporkan, anggota JPJ menahan kereta Rolls-Royce milik Pengasas D’Herbs Holdings Sdn Bhd itu dalam satu operasi bersepadu di Bangsar selepas didapati kenderaan mewah itu dinaiki dua warga asing pada 31 Disember lalu.

Sementara itu, beliau juga berkata, pihaknya sudah menghantar notis temu siasat dan mengarahka­n Aliff Syukri hadir ke mana-mana cawangan JPJ sebelum 22 Januari ini termasuk membawa kenderaan berkenaan untuk siasatan lanjut.

“Sekiranya beliau ingkar, kemungkina­n pihak kami akan bawa kes itu ke mahkamah menyebabka­n dia boleh dikenakan bayaran tambahan dan lebih teruk kenderaan itu akan disenarai hitam.

“Kes ini agak istimewa dan jarang berlaku. Pastinya apa yang terjadi memberi pengajaran kepada semua pihak supaya tidak menipu kawasan pengisytih­aran cukai jalan,” katanya.

Kereta itu digunakan di Semenanjun­g dan sepatutnya beliau menggunaka­n cukai jalan di sini dengan caj dianggarka­n bernilai RM54,500 setahun”

Ismail Mohd Zawawi

 ??  ??
 ??  ?? ALIFF Syukri
ALIFF Syukri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia