Harian Metro

Dikritik macam ‘kayu’

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Penampilan pertama Janna Nick dan Ajak Shiro sebagai pengacara Melodi mendapat kritikan netizen apabila dianggap ‘kayu’ biarpun tidak sampai sejam bersiaran secara langsung, semalam.

Kata Janna, dia terima segala kritikan dan komen daripada netizen membabitka­n penampilan sulungnya dan meminta penonton memberi peluang memandangk­an mereka masih baru.

“Dah tular di Twitter mengatakan kami kayu. Jangan macam itu, kami masih baru. Baru satu episod, tunggulah sampai habis.

“Apapun, terima kasih kepada yang memberi komen dan kami akan ambil untuk buat yang lagi baik selepas ini,” katanya kepada Harian Metro.

Janna yang dihubungi Harian Metro seusai bersiaran akui keputusann­ya mengacara program itu adalah langkah besar yang dibuat kerana tidak ada pengalaman menjadi pengacara.

“Kalau nak tahu, saya satu-satunya pengacara Melodi yang tidak pernah mengacara dalam mana-mana program. Ini penampilan

 Netizen komen penampilan sulung Janna, Ajak sebagai pengacara Melodi

pertama saya sebagai pengacara.

“Tidak dinafikan memang wujud perbanding­an dan teguran. Saya okey dan tak kesah. Sebaliknya saya menjadikan ia sebagai satu bentuk pembelajar­an untuk memperbaik­i diri.

“Saya tak boleh kata beri peluang kerana penonton memang akan tengok muka saya setiap minggu. Cuma, saya berharap setiap teguran biarlah yang membina,” katanya.

Kata Janna, selepas ini dia perlu lebih banyak membaca berita hiburan dan pengetahua­n am bagi menambah lagi ilmu pengacaraa­nnya.

“Sejak menjadi artis, saya sering jadi bahan berita. Sekarang saya juga perlu letakkan diri sebagai netizen. Dalam erti kata lain, saya kena ambil tahu kesah orang lain juga.

“Jadi, saya perlu banyakkan lagi membaca berita dan mendengar info daripada rakan wartawan. Pendek kata, saya tak boleh malas,” katanya.

Janna dan Ajak mula bersiaran semalam menggantik­an pengacara Melodi sebelum ini, Awal Ashaari dan AG.

“Jangan macam itu, kami masih baru. Baru satu episod, tunggulah

sampai habis

Janna Nick

 ??  ?? JANNA
JANNA
 ??  ?? AJAK
AJAK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia