Harian Metro

DJ Lin hampir patah semangat

-

Penyampai radio DJ Lin atau Roslinda Abd Majid, 41, mengakui hampir patah semangat kerana terpaksa melalui dua dugaan hebat penghujung 2017.

Dikenali menerusi program Suria Cinta, Lin berkata, ujian pertama dilalui apabila ibunya, Puteh Jantan mengalami bengkak jantung dan air memenuhi badan terutama paru-paru akibat kegagalan buah pinggang berfungsi dengan baik.

Katanya, keadaan ibunya ketika itu sangat membimbang­kan hingga ada masanya sukar bernafas hingga dikejarkan ke hospital.

“Hampir empat minggu emak dirawat. Sepanjang tempoh itu saya pastikan pulang ke Johor Bahru setiap Sabtu dan Ahad untuk menjaganya di wad,” katanya kepada Harian Metro.

Kata Lin, ujian untuknya semakin bertambah apabila dia kehilangan abang kandung, Ismail Abd Majid, 51, yang meninggal dunia secara tiba-tiba akibat tekanan darah tinggi melampau sehingga pembuluh darah di kepalanya pecah pada 6 November lalu.

“Arwah abang yang juga anak kelima daripada 10 beradik rapat dengan saya dan banyak membantu menyara keluarga.

“Tambah lagi arwah memang rapat dengan saya dan banyak membantu saya di sekolah rendah hingga masuk universiti.

“Selepas arwah abah meninggal pada 2000, abang Ismail mengambil alih tanggungja­wab sebagai ketua keluarga,” katanya.

Lin akui emosinya terganggu dengan apa yang berlaku tetapi fokusnya terhadap karier sebagai penyampai di Suria FM dan Pengurus Program Suria FM tetap berjalan seperti biasa.

 ??  ?? DJ Lin
DJ Lin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia