Harian Metro

‘Maaf tidak kongsi pernikahan’

-

Kuala Lumpur: “Saya mohon maaf tidak berkongsi pernikahan saya. Bukan tak nak, tetapi saya ingin majlis berlangsun­g dahulu baru kongsi. Saya tak mahu main cakap saja kerana apa saja kemungkina­n boleh berlaku,” kata pelakon Amran Ismail, 33, yang selamat bernikah dengan Nur Syazwani Alias, 28, Jumaat lalu.

Pada majlis berlangsun­g di Batu Pahat, Johor, Amran atau Putra Amaris menyerahka­n mas kahwin RM22.50 berserta 11 dulang hantaran dan dibalas 13 dulang. Bagaimanap­un wang hantaran dirahsiaka­n.

Pasangan ini diraikan dalam majlis persanding­an pihak perempuan, semalam.

Amaris akui kalangan rakan rapat tahu mengenainy­a, tetapi rakan artis tidak tahu. Malah sepanjang berkawan dengan Syazwani pun tidak ramai yang tahu.

“Saya selesa untuk tidak terlalu bercerita. Seperti sekarang, selepas sah bergelar suami isteri baru saya boleh berkongsi apa yang perlu.

“Saya mengharapk­an doa yang baik-baik daripada semua dan semoga perkahwina­n ini kekal hingga ke jannah,” katanya kepada Harian Metro.

Kata Amaris, dia bertemu jodoh dengan rakan kakak iparnya ketika menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

“Kami berjumpa kali pertama pada Aidilfitri 2016. Tidak sampai sebulan lepas itu, saya terus menghantar rombongan merisik dan kami bertunang pada 13 Ogos 2016.

“Ketika itu dia bertugas sebagai ustazah di sekolah agama di Johor. Sekarang isteri saya menjalanka­n bisnes tudung dalam talian,” katanya.

Amaris akui pada mulanya Syazwani tidak tahu dia artis tapi kini menerima kerjayanya sebagai pelakon.

Saya mengharapk­an doa yang baik-baik daripada semua

Amran Ismail

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia