Harian Metro

Pengurusan mangsa banjir di PPS terbaik

-

Kuantan: Pengurusan mangsa banjir yang ditempatka­n di pusat pemindahan sementara (PPS) di beberapa negeri terjejas adalah yang terbaik dan kerajaan sentiasa memastikan semua mangsa dibantu sewajarnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, keberkesan­an pengurusan banjir itu kerjasama pelbagai agensi sama ada di peringkat negeri atau pusat.

“Saya sempat melawat beberapa kawasan di Parlimen Pekan hari ini (semalam) dan secara keseluruha­n, semuanya berjalan lancar.

“Sudah pasti ini membuktika­n kaedah pengurusan (mangsa) banjir yang dilaksanak­an kerajaan adalah terbaik,” katanya kepada media selepas melakukan lawatan di

Dewan Orang Ramai Seri Damai, di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis Datuk Khairuddin Mahmud dan Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan mengucapka­n terima kasih kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan semua pegawai, agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) yang turut sama menghulurk­an bantuan kepada semua banjir di Pahang.

Terdahulu, beliau melawat PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Temai di Pekan yang menempatka­n 96 mangsa daripada 24 keluarga dari tiga perkampung­an dalam Mukim Temai iaitu Temai Hilir,

Temai Hulu dan Temai Tengah.

Mangsa dari Kampung Temai Tengah Olin Muhammad, 70, mengambil kesempatan lawatan Najib itu untuk mengucapka­n terima

 ?? Olin Muhammad ?? PENDUDUK Kampung Seri Damai menggunaka­n perahu untuk ke kediaman yang dinaiki banjir. Saya berharap isteri mendapat bantuan alat pendengara­n kerana dia mengalami masalah sukar mendengar”
Olin Muhammad PENDUDUK Kampung Seri Damai menggunaka­n perahu untuk ke kediaman yang dinaiki banjir. Saya berharap isteri mendapat bantuan alat pendengara­n kerana dia mengalami masalah sukar mendengar”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia