Harian Metro

AMAL SOLO WANITA BESI

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Subang Jaya

“Tak pernah terfikir buat semua ini (kerja amal) untuk dapat anugerah. Niat saya kerana Allah dan apa yang penting saya mahukan saham akhirat,” demikian kata usahawan pakaian Nor Hashimah Saaduddin,55, yang bergerak aktif secara solo sejak 15 tahun lalu dalam membantu golongan ibu tunggal dan anak yatim.

Bekas pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu berkata, pada mulanya dia hanya membantu secara kecil-kecilan dalam komuniti termasuk surau dan masjid, ibu tunggal serta anak yatim sekitar Lembah Klang dan bantuan banjir di pantai timur sebelum ke Indonesia dan Kemboja terutama dalam projek pembinaan madrasah.

“Saya bergerak sendirian menggunaka­n wang sendiri dan ahli keluarga. Tak kiralah jika ada kelapangan saya akan buat.

“Saya buat macam ini bukan mendapat nama dan pengiktira­fan tetapi apa-apa pun kita buat memang kena ada imbalannya.

“Bagi saya apa salahnya, jika kita ada lebih memberi pada orang yang memerlukan pula,” katanya yang menerima Anugerah Iron Lady 2018 di Summit USJ di sini, semalam.

Anugerah berkenaan disampaika­n Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF)

Tan Sri Lee Lam Thye sempena Kempen Kesedaran Jenayah Jalanan Wanita anjuran Kelab Marshal Keselamata­n Jalan Raya (RSMC).

Sementara itu, pembabitan aktif dalam menyelamat­kan kucing dan anjing jalanan serta memperkasa­kan golongan ibu tunggal di sekitar Ipoh, Perak melayakkan J Jayamalar turut menerima anugerah berkenaan.

“Saya menyertai

pada 2008 yang menawarkan khidmat memperkasa­kan golongan ibu tunggal. Kami tidak memberi wang sebaliknya membantu mereka menjana pendapatan menerusi perniagaan kecil-kecilan yang kami sediakan.

“Pada masa sama, saya turut aktif bersama Noah’s Ark Ipoh Animal Welfare, Ipoh, Perak untuk menyelamat­kan haiwan jalanan yang memerlukan bantuan. Kami cuba membantu yang terbaik termasuk merawat bagi haiwan yang sakit dalam tempoh tertentu sebelum dilepaskan kepada komuniti serta individu yang berminat membela haiwan itu,” katanya.

 ??  ?? DATIN Suraya Haroun (kiri) dan Asisten Superinten­dan, Noor Ilyana Shaffae bersama Anugerah Iron Lady 2018.
DATIN Suraya Haroun (kiri) dan Asisten Superinten­dan, Noor Ilyana Shaffae bersama Anugerah Iron Lady 2018.
 ?? Jayamalar ?? Pada masa sama, saya turut aktif bersama Noah’s Ark Ipoh Animal Welfare, Ipoh, Perak untuk menyelamat­kan haiwan jalanan yang memerlukan bantuan”
Jayamalar Pada masa sama, saya turut aktif bersama Noah’s Ark Ipoh Animal Welfare, Ipoh, Perak untuk menyelamat­kan haiwan jalanan yang memerlukan bantuan”
 ?? Nor Hashimah ?? Saya bergerak sendirian menggunaka­n wang sendiri dan ahli keluarga. Tak kiralah jika ada kelapangan saya akan buat”
Nor Hashimah Saya bergerak sendirian menggunaka­n wang sendiri dan ahli keluarga. Tak kiralah jika ada kelapangan saya akan buat”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia