Harian Metro

Ibu anak lima teruja lepasi saringan AWETA

-

Jelebu: Ibu kepada lima cahaya mata berharap dapat melepasi semua peringkat saringan All Women’s Expedition to Antartica (AWETA) 2018 yang akan diadakan penghujung tahun ini.

Najatulhay­a Razali, 46, berasal dari Seremban berkata, menyedari peringkat saringan bukan sesuatu yang mudah, dia sentiasa memastikan latihan mental dan fizikal dilaksanak­an tanpa henti seperti mendaki gunung, bukit dan berlari.

Dia berbangga apabila berjaya melepasi saringan pertama yang diadakan di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi pada Disember lalu membabitka­n lima siri ujian kecergasan.

“Pada saringan pertama itu seramai 40 peserta menyertain­ya tetapi hanya lapan peserta yang berjaya melepasi saringan untuk ujian saringan seterusnya di Shah Alam, Selangor.

“Saya berharap dapat melepasi semua saringan dengan memastikan tahap kecergasan terbaik,” katanya ditemui selepas mendaki Bukit Batu Sawa di Kampung Pergai, kelmarin.

Najatulhay­a berkata, dia berhasrat membawa nama dan bendera Negeri Sembilan dalam penjelajah­an AWETA itu selain mengharapk­an sokongan daripada pelbagai pihak bagi merealisas­ikan impiannya.

“Selepas ini saringan dipercayai lebih mencabar, namun saya percaya dengan latihan dan rehat yang cukup serta penjagaan makanan, saya dapat meneruskan cabaran dengan baik,” katanya yang sudah berpengala­man mendaki pelbagai gunung di dalam dan luar negara.

AWETA 2018 diilhamkan wirawati negara, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir dan difahamkan hanya lima wanita akan dipilih mengikuti penjelajah­an itu nanti.

 ??  ?? NAJATULHAY­A (lima dari kiri) ketika mendaki Bukit Sawa di Kampung Pergai, Jelebu.
NAJATULHAY­A (lima dari kiri) ketika mendaki Bukit Sawa di Kampung Pergai, Jelebu.
 ??  ?? PESERTA Larian Amal Antartika 2018 dilepaskan Dr Ahmad Zahid, semalam.
PESERTA Larian Amal Antartika 2018 dilepaskan Dr Ahmad Zahid, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia