Harian Metro

Kesetiaan isteri teruji

- Ahmad Rabiul Zulkifli am@hmetro.com.my

Setiap suami pasti mengimpika­n isteri yang bukan saja setia, malah mampu menjaga dan memberi semangat ketika berdepan waktu sukar.

Md Shahrul Nizam Md Kamil, 28, disifatkan bertuah kerana walaupun lumpuh separuh badan selepas ditimpa kemalangan dua tahun lalu, isterinya Nor Lishah Anita Abdul Hamid, 28, tetap di sisinya.

“Ketika ditimpa musibah dulu saya bekerja sebagai mekanik dan baru saja dua bulan berkahwin.

“Saya sangat beruntung kerana isteri masih setia dan bukan sekadar menjalanka­n tanggungja­wab sebagai isteri, malah sentiasa memberikan semangat dan kekuatan kepada saya yang seakan-akan putus asa selepas insiden itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Ikan di sini, semalam.

Md Shahrul berkata, selepas dihempap besi ketika berkerja, tulang belakangny­a patah justeru dia dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan menerima rawatan selama seminggu.

“Akibat kejadian pada 7 Mac 2016 itu, saya lumpuh dan tidak boleh bekerja serta menguruska­n diri sendiri. Saya hanya bergantung harap kepada isteri.

“Banyak perancanga­n membabitka­n keluarga kami musnah dan sebagai ketua keluarga, kejadian itu memang satu tamparan hebat,” katanya.

Menurutnya, dia kini dibantu sepenuhnya isteri untuk bergerak menggunaka­n kerusi roda.

“Saya perlu menjalani sesi fisioterap­i tiga kali sebulan di HSNZ dan kini boleh menggerakk­an jari kaki. Saya yakin mampu beransur pulih seperti sedia kala namun bergantung kepada kesungguha­n diri sendiri dan memakan masa lama,” katanya.

Menurutnya, dia mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan, selain isterinya bekerja sebagai

 Lelaki lumpuh separuh badan selepas dua bulan berkahwin

pembantu kedai untuk menampung pembelajaa­n harian.

“Jika diikutkan, bantuan itu tidak mencukupi dan kami berharap pihak berwajib menimbangk­an permohonan supaya menambah bantuan bulanan itu,” katanya.

Sementara itu Nor Lishah berkata, dia menerima kententuan Allah itu dengan hati terbuka dan menganggap­nya ujian untuk melihat kesetiaann­ya kepada suami.

“Sebagai isteri sudah menjadi tanggungja­wab saya untuk sentiasa setia bersama suami dalam apa keadaan sekalipun.

“Saya berkahwin dengan suami ketika dia sihat dan berjanji untuk setia,” katanya.

 ?? Md Shahrul Nizam ?? NOR Lishah mengurut kaki Md Shahrul Nizam yang lumpuh separuh badan.
Md Shahrul Nizam NOR Lishah mengurut kaki Md Shahrul Nizam yang lumpuh separuh badan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia