Harian Metro

‘Rahsia warisan’ terbongkar ketika mahu kahwin lagi

-

Kota Bharu: Melihat kebahagiaa­n suami isteri lain, seorang ibu tunggal berhajat menempuh alam perkahwina­n sekali lagi selepas kematian suaminya pada 2008.

Namun, mengenang dirinya yang menghidap penyakit membawa maut, wanita itu yang mahu dikenali sebagai Kak Za, 48, hanya memendamka­n hasrat itu.

Dia sedar HIV yang dijangkiti daripada arwah suaminya menyulitka­n dia untuk mengadakan hubungan dengan sesiapa pun, malah dipandang hina masyarakat.

Kini, Kak Za berkata, fokusnya untuk membesarka­n empat anak berusia lapan hingga 21 tahun dengan baik, selain mencari nafkah dengan menjahit pakaian di rumahnya di Kampung Baung, Pengkalan Chepa.

“Ketika arwah suami meninggal dunia lebih lapan tahun lalu, saya menyangka kematianny­a kerana angin ahmar. Apabila doktor mengesahka­n dia menghidap HIV, saya reda namun tidak sedar ia menjangkit­i saya.

“Saya tidak kesan perubahan pada diri saya sehingga saya melakukan ujian darah untuk perkahwina­n kedua beberapa tahun lalu dan di- sahkan menghidap HIV.

“Memang rasa dunia saya gelap ketika itu. Demi memastikan tiada siapa yang berjangkit, saya nekad undur diri dan menjaga kesihatan saya. Saya tak mahu orang saya sayang turut teraniaya,” katanya ketika ditemui.

Dia bersyukur semua anaknya bebas penyakit itu dan mereka dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Bagi dirinya, Kak Za perlu mendapatka­n rawatan berkala di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan menjaga aktiviti hariannya supaya tidak mendatangk­an jangkitan pada keluarga.

“Alhamdulil­lah, keluarga saya sangat memahami dan mereka sentiasa menyokong saya,” katanya.

Terdahulu, nasib Kak Za dan keluargany­a mendapat perhatian Ketua Wanita UMNO Pengkalan Chepa Zarina Md Eusope dan Presiden Kelab Media Kelantan Darulnaim (KEMUDI) Mohd Zailani Abd Rahman yang mengadakan kunjungan mesra ke rumahnya.

 ??  ?? ZARINA menyampaik­an sumbangan kepada Kak Za di rumahnya di Kampung Baung, Pengkalan Chepa.
ZARINA menyampaik­an sumbangan kepada Kak Za di rumahnya di Kampung Baung, Pengkalan Chepa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia