Harian Metro

Anak gadis lesap bonceng motor

-

Gua Musang: Remaja perempuan yang hilang sejak Jumaat lalu selepas keluar dari rumahnya di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Jeram Tekoh, di sini, dipercayai mengikut seorang lelaki.

Pelajar tingkatan lima, Noor Habibah Maisarah Mohd Hafizul, 17, disedari hilang oleh keluargany­a selepas meninggalk­an rumah awal pagi Jumaat.

Ibunya Noorhasliz­a Hussin, 37, berkata, suaminya Mohd Hafizul Ibrahim, 39, sempat melihat anaknya membonceng motosikal ditunggang lelaki jam 1 pagi ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Namun Mohd Hafizul yang cuba mengekori motosikal itu gagal mengesan kelibat mereka apabila hilang selepas memasuki simpang.

“Suami bekerja sebagai pengawal keselamata­n di bandar dan dalam perjalanan pulang ke rumah apabila terserempa­k dengan mereka yang menghala ke arah Gua Musang.

“Habibah yang membonceng motosikal Honda EX5 berwarna merah gagal dikesan apabila memasuki kawasan perkampung­an. Suami cari di Kampung Sungai Asap dan Kampung Limau Kasturi, tetapi tidak menemui mereka.

“Saya bimbang akan keselamata­nnya. Mujur suami terserempa­k dengannya,” katanya.

Noorhasliz­a berkata, sebelum kehilangan­nya, Noor Habibah Maisarah kerap berbalas mesej WhatsApp dengan rakan lelaki dan disyaki mempunyai hubungan istimewa.

Dia bimbang pelajaran anaknya terganggu kerana bakal menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan baru tiga hari ke kelas sejak sesi persekolah­an dibuka minggu lalu.

Menurutnya, laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang, Jumaat lalu dan orang ramai yang melihat kelibat anaknya diminta menghubung­i talian 011-40285379.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Superinten­dan Mohd Taufik Maidin mengesahka­n menerima laporan kehilangan itu dan operasi mengesanny­a sedang dijalankan.

 ??  ?? NOOR Habibah Maisarah disyaki ikut teman lelaki.
NOOR Habibah Maisarah disyaki ikut teman lelaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia