Harian Metro

Muhammad Arjuna dah pergi...

- Mohamad Fahd Rahmat fahd@hmetro.com.my

 Bayi derita sejak lahir meninggal selepas diserang sawan

“Saya amat menghargai pengorbana­n empat ibu susuan bayi kami, Muhammad Arjuna selama ini walaupun anak kami sudah tiada,” ujar bapa bayi malang, Mohd Hafizi Jumhari, 31.

Muhammad Arjuna, sembilan bulan, meninggal dunia jam 7.53 malam kelmarin, selepas menderita sawan, darah tinggi dan komplikasi paru-paru sejak dilahirkan.

Penderitaa­n bayi itu menjadi tular berikutan Muhammad Ajun terpaksa makan 108 pil sehari untuk meneruskan hidup.

“Terima kasih kepada keempat-empat ibu susuan Muhammad Arjuna, Mied Yahaya, Nor Farahtica, Nurul Hayat Ismail dan Niza Ahmad. Minta dihalalkan susu kalian dunia akhirat.

“Muhammad Arjuna mula nazak pada 4.30 petang kelmarin dan dipindahka­n ke bilik khas untuk dipantau di Wad Kanak-Kanak HSNI.

“Ketika itu saya memanggil doktor kerana arwah sukar bernafas dan menyangkak­an dia memerlukan bantuan oksigen tetapi doktor memberitah­u arwah nazak, selain diserang sawan dan darah tinggi.

“Sebelum ini, arwah menunjukka­n perkembang­an positif apabila menjalani rawatan alternatif dan tradisonal selepas kami menghentik­an semua ubat yang diambil. Bagaimanap­un, Muhammad Arjuna dimasukkan ke HSNI pada 1 Januari lalu,” katanya.

Menurutnya, keluargany­a reda dengan kejadian itu dan jenazah anaknya selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Sungai Suluh, di sini, semalam.

Sementara itu, ibu bayi terbabit, Noorismali­za Ahmad, 28, reda dengan ujian Allah kepada keluargany­a, malah menganggap anaknya itu menjadi ahli syurga.

“Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada keluarga, warga kampung dan sahabat handai yang membantu menguruska­n jenazah Muhammad Arjuna dari mula hingga selesai.

“Terima kasih juga kami ucapkan kepada sahabat dan netizen yang banyak membantu dan menyumbang sama ada secara langsung atau tidak sepanjang hayat Muhammad Arjuna, kami minta dihalalkan semuanya dunia akhirat,” katanya.

 ??  ?? IBU kandung Muhammad Arjuna, Noorismali­za membaca surah Yasin di samping jenazah anaknya, petang kelmarin.
IBU kandung Muhammad Arjuna, Noorismali­za membaca surah Yasin di samping jenazah anaknya, petang kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia