Harian Metro

‘Tak payah berlagak’

 Rosyam kongsi tip elak artis terjebak krisis kewangan

- Suliati Asri sulaiti@hmetro.com.my

Kewangan tidak stabil sampai bila-bila dan sebagai artis, mereka perlu bijak menguruska­n ekonomi terutama ketika masih ada peluang kerja yang banyak.

Penerbit dan pelakon popular, Datuk Rosyam Nor berkata, ekonomi ada turun naik sama seperti dunia artis.

“Ketika zaman kegemilang­an, pendapatan sememangny­a lumayan dan ketika itu kita mampu membeli atau membayar hutang dibuat.

“Namun, ketika tiada banyak panggilan kerja, hutang juga tidak mampu dibayar,” katanya ketika mengulas mengenai artis yang meminjam along.

Menurutnya, ekonomi artis ini memang tidak stabil kerana ada kala mereka peroleh pendapatan lumayan dan ada kala tiada.

“Jika ada masalah, hubungi atau cari agensi yang boleh membantu. Jangan ambil jalan pintas dengan meminjam along.

“Meminjam along ini mudah tetapi ia menyakitka­n kerana bunganya tinggi,” katanya.

Rosyam yang juga usahawan berkata, dia juga menghadapi masalah kewangan dan tetap hidup dalam kesederhan­aan kerana dunia artis ada pasang surutnya.

“Ketika dinobatkan sebagai artis paling popular satu ketika dulu, saya masih menaiki van buruk dan tinggal di apartmen dua bilik bersama lima anak.

“Saya hanya artis ketika di set penggambar­an dan di atas pentas dan menjalani kehidupan biasa seperti orang lain,” katanya.

Berkongsi mengenai cara beliau bertahan sebagai pelakon dari zaman muda sehingga memiliki syarikat produksi serta perniagaan sendiri, kata Rosyam, sejak dari zaman kegemilang­annya lagi, dia merancang melakukan perniagaan bagi menjamin masa depan.

“Saya mula dengan membuka syarikat produksi tetapi kini ia berdepan banyak saingan. Jadi, saya buat perniagaan lain untuk jaminan masa depan,” katanya.

Kata Rosyam, orang tua selalu berpesan, ukur baju di badan sendiri dan jangan terlalu ikut dengan artis barat kerana ekonomi mereka jauh beza dengan kita.

“Saya hairan kenapa ada artis tidak mampu tetapi mahu menunjuk mereka berada. Bila tengah laku, mereka mampu membeli atau membuat hutang.

“Tetapi bila tiada kerja, hutang tidak boleh bayar. Jadi, sentiasala­h beringat walau ketika itu kaki berpijak di puncak kejayaan,” katanya.

Sementara itu, pelakon dan penyanyi Nabila Razali, 25, berkata, sebagai artis baru menyimpan adalah langkah dibuat supaya tidak menghadapi masalah kewangan kelak.

Menurutnya, sebagai artis baru, dia kini bekerja keras untuk terus diingini dan relevan dalam dunia seni.

“Ada juga berfikir mahu berniaga seperti artis lain, tetapi banyak perkara yang perlu diambil kira.

“Mungkin kita mampu keluarkan modal, tetapi dari segi pemasaran, gaji pekerja ditambah dengan karier, ia memerlukan kos dan komitmen tinggi.

“Takut nanti tidak mampu urus sekali gus terabai begitu saja,” katanya.

Mungkin kita mampu keluarkan modal, tetapi dari segi pemasaran, gaji pekerja ditambah dengan karier, ia memerlukan kos dan komitmen tinggi”

Nabila Razali

Sentiasala­h beringat walau ketika itu kaki berpijak di puncak kejayaan

Rosyam Nor

 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN muka depan Metro Ahad semalam .
LAPORAN muka depan Metro Ahad semalam .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia