Harian Metro

Anak pecah rumah, ibu gadai barang curi

-

Kangar: Seorang wanita dan anak lelakinya ditahan polis bersama rakan jenayah mereka susulan kes pecah rumah di Kampung Padang Melangit di sini, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kangar Superinten­dan Wari Kiew berkata, dua beranak berusia 50 dan 17 tahun itu ditahan di rumah mereka, malam kelmarin di Chuping manakala seorang lagi suspek berusia 29 tahun ditahan di satu lokasi lain.

Beliau berkata, dalam kejadian 4 Januari lalu, mangsa yang juga guru sekolah rendah mendapati bilik tidurnya berselerak apabila pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolah­an.

“Mangsa pulang dari tempat kerjanya jam 1.50 tengah hari dan curiga apabila mendapati keadaan bilik tidurnya berselerak.

“Selepas memeriksa, mangsa mendapati barangan kemas disimpan dalam almari turut hilang selain pintu belakang rumah didapati dipecahkan sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaa­n di rumah mangsa, polis menemui enam kesan cap jari yang membawa kepada penangkapa­n ketiga-tiga suspek.

“Setakat ini, tiga suspek ditahan dan cap jari ditemui di lokasi kejadian sepadan dengan suspek yang berusia 29 dan 17 tahun manakala wanita itu ditahan kerana bersubahat dengan memiliki barangan kemas curi sebelum menggadain­ya di sebuah premis pajak gadai di negeri ini.

“Dua beranak terbabit tidak mempunyai rekod kesalahan lampau tetapi suspek berusia 29 tahun memiliki rekod kesalahan pecah rumah di sekitar negeri ini,” katanya.

Ketiga-tiga suspek direman empat hari hingga Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? SUSPEK kes pecah rumah dibawa ke Mahkamah Majistret Kangar untuk mendapat perintah tahanan reman, semalam.
SUSPEK kes pecah rumah dibawa ke Mahkamah Majistret Kangar untuk mendapat perintah tahanan reman, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia