Harian Metro

Berusaha jauhi zina, perkara fitnah

-

SWT berkata demikian sebagai larangan kepada hambanya daripada berzina dan juga daripada perkara yang membawa dekat kepada zina, juga menghindar­i daripada menjerumus­kan diri ke dalam sebab dan pendorong kepada zina.” (Rujuk Tafsir al-Quran al-Azim)

Ayat itu mengajar kita bukan hanya untuk tidak berzina, bahkan menjauhi zina dan tidak melakukan perkara yang boleh membawa kepadanya.

Salah satunya ialah berkhalwat dan jalan yang menuju kepada khalwat. Daripada Ibn Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah seorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita dan jangan pula wanita itu bermusafir kecuali (dalam dua situasi) wanita itu ditemani dengan mahramnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Daripada Jabir bin Abdillah, Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

“Dan barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka janganlah dia berduaduaa­n dengan seorang wanita sedangkan tiada bersama wanita itu mahramnya kerana sesungguhn­ya orang yang ketiga adalah syaitan.” (Hadis riwayat Ahmad)

Pengecuali­an diberikan jika keadaan berbaur syahwat dan fitnah dapat dihilangka­n. Imam Ibn Hajar al-Asqalani membicarak­an hadis Ibn Abbas itu: “Pada hadis ini larangan berkhalwat ke atas lelaki dengan wanita ajnabi (asing). Larangan ini bersifat ijmak (sepakat semua ulama).

Bagaimanap­un, ada ulama berbeza pendapat iaitu apakah boleh yang menemani itu bukan mahram tetapi seseorang yang mengambil kedudukann­ya seperti wanita yang thiqah (dipercayai)? Pendapat yang sahih ialah itu dibenarkan kerana menjadi lemahlah tohmahan (atau bahaya syahwat) dengan adanya ia.”

(Rujuk Fath al-Bari)

Namun, apa yang berlaku pada masa kini apabila berada dalam satu rumah, setiap bilik dihuni dan disewa penyewa berlainan jantina, sudah pasti akan menimbulka­n syak wasangka dan fitnah.

Langkah yang paling wajar adalah mencari bilik lain dan berusaha meninggalk­an tempat yang membawa kepada perkara haram. Ini bertepatan dengan dua kaedah fiqh maksudnya: “Perkara yang membawa kepada perkara yang haram, perkara itu juga adalah haram.” (Rujuk Qawalid al-Ahkam oleh Imam al-Izz bin Abdussalam)

Begitu juga kaedah Sadd al-Dzarilah iaitu menutup jalan membawa kepada kerosakan yang maklum dalam hukum syarak seperti ditekankan oleh Imam al-Syatibi dalam al-Muwafaqat.

Insya-Allah, Allah akan gantikan dengan yang lebih baik seperti firman-Nya bermaksud: “Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhn­ya Kami akan memimpin mereka ke jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhn­ya (pertolonga­n dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.” (Surah al-Ankabut, ayat 69)

Sumber: Al-Kafi Li Al-Fatawi Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia