Harian Metro

Baling hajat atas pokok

- CORETAN PERANTAU bersama Haniff Ghazali di Hong Kong

Tahun 2018 bermula meriah di Hong Kong, menandakan berlabuhny­a tirai tahun zodiak ayam jantan digantikan dengan tahun zodiak anjing.

Mengikut kalendar tradisiona­l Cina, tahun zodiak haiwan ini berlegar di sekitar perlambang­an 12 haiwan yang masing-masing mempunyai karektor dan simbol tersendiri.

Karakter dan identiti terbabit menjelma menjadi personalit­i perseorang­an atau pun pertubuhan serta negara.

Ia berkait rapat dengan cabaran, masa depan, karier, perkahwina­n dan perniagaan.

Mereka yang lahir pada 1958, 1970, 1982, 1994, 2006, dan 2018 iaitu tahun anjing mempunyai karakter yang serius dan bertanggun­gjawab di tempat kerja.

Bayi tahun anjing lebih berkomunik­asi dengan orang lain. Rajin bercakap dan berterus terang menyampaik­an hasrat, sokongan malah tentangan.

Bayi tahun anjing sangat berdikari, telus, setia dan berpegang teguh kepada keputusan.

Mereka ini ialah pasangan yang paling sesuai di dalam perkahwina­n.

Cuma, mungkin pasangan mereka ini kena tahan bebelan dan banyak bersabar dengan perangai bayi tahun anjing yang terlalu berterus terang.

Namun begitu, bayi tahun anjing adalah sangat sensitif, terlalu konservati­f, degil dan keras kepala serta sesekali terlalu emosional.

Antara personalit­i terkenal dunia yang mempunyai zodiak anjing ialah Winston Churchill, Benjamin Franklin, Bill Clinton, Prince William, Michael Jackson, Madonna, Mariah Carey, Jennifer Lopez, Andre Agassi, Confucius, dan Zhou Enlai (Perdana Menteri pertama Republik Rakyat China).

Selepas itu, bermula pesta sambutan Tahun Baru Cina yang unik dan berbeza mengikut wilayah dan negara.

Di Tanah Besar China, sambutan tahun baru dikenali sebagai Golden

Week di mana semua orang berbondong-bondong meninggalk­an tempat kerja dan rumah masing-masing menuju kampung halaman.

Pergerakan golden week ini membabitka­n hampir separuh penduduk China berjumlah 700 juta orang yang menggunaka­n pelbagai pengangkut­an untuk bergerak.

Jalan raya, jalinan kereta api, dermaga feri dan terminal kapal terbang menjadi sesak.

Lebuh raya bergerak perlahan dan pernah berlaku kesesakan paling teruk pada tahun lalu apabila lebuh raya lapan lorong Shanghai sesak lima hari sepanjang lebih 100 kilometer!

Pihak berkuasa menjangkak­an masalah ini berlarutan kerana bilangan kenderaan di China yang semakin bertambah.

Sambutan tahun baru oleh kumpulan orang Cina seberang laut seperti di Chinatown New York, London, Sydney dan sebagainya juga meriah apabila kawasan perniagaan dan perumahan dihiasi dengan perkakasan merah yang membawa maksud mengalu-alukan tuah.

Lampu tanglung tradisiona­l dan lampu moden menukar kelompok kejiranan serta perumahan menjadi merah.

Di Singapura pula, ada elemen seperti Chinggay iaitu perarakan berwarna-warni yang mengumpulk­an semua elemen kebudayaan, tarian, persembaha­n dan pertunjuka­n yang berarak khas untuk merayakan sambutan tahun baru.

Sama seperti sambutan di Chinatown, elemen sambutan tahun baru diresapi sedikit dengan input tempatan menjadikan ia unik dan lebih mesra kepada persekitar­an tempatan.

Keharmonia­n dan muhibah terpancar terutama ketika persembaha­n tarian singa yang diadakan selama lima hari berturut-turut khas untuk melambangk­an tuah dan kejayaan dalam hidup, karier, perniagaan serta menghalau semangat jahat.

Di Malaysia, misalnya, pemain tarian singa bukan sahaja pemuda etnik Cina, namun ada etnik Melayu, India dan etnik lain juga.

Ini keseronoka­n bagi satu-satunya perayaan kaum dan agama yang terbesar di dunia, disambut seperlima penduduk dunia.

Di Hong Kong, saban tahun perayaan Tahun Baru Cina menjadi tarikan pelanconga­n dengan suntikan pemodenan seperti warna-warni, muzikal dan tradisi.

Kedatangan pelancong pada musim Krismas ke tahun baru ini menambah kemeriahan di pelabuhan Victoria dan sekitar Tsim Sha Shui.

Aktiviti utama sudah tentu pertunjuka­n cahaya dan bunyi, ritual di pusat ibadat, menilik nasib serta bertukar-tukar hadiah, di samping berkumpul dengan keluarga tercinta.

Pergilah ke Tokong Che Kung di Sha Tin dan menyertai 100,000 orang lain untuk membantai gendang bagi menjemput tuah.

Malah, kerajaan Hong Kong juga mengadakan upacara ibadat negara di sini dengan istiadat menghormat­i nenek moyang dan berdoa mengharapk­an tuah serta kejayaan berpanjang­an.

Pergilah ke Pokok Bernazar di Lam Tsuen untuk menulis hasrat di sekeping kertas, lekatkan ke buah oren dan baling tinggi-tinggi ke atas pokok.

Semakin tinggi ia tergantung, semakin bagus peluang untuk hajat itu tercapai.

Di Hong Kong, kerajaanny­a mengharamk­an pembakaran mercun.

Hanya kerajaan yang boleh membakar dengan permit di tempat tertentu dalam persekitar­an terkawal.

Berbeza dengan kita di Malaysia yang membakar mercun sesuka hati di sana-sini.

Raya Cina bakar mercun, raya Melayu pun bakar mercun, raya India pun bakar, main bola pun bakar mercun.

Asalnya istiadat tradisiona­l Cina untuk membakar mercun bagi menghalau roh jahat, tapi sudah kita bakar hari-hari, semua roh baik, jahat, semua sudah cabut lari.

Tiga ribu tahun dulu orang Cina cipta bahan bedil tiada satu jari putus.

Orang kita pula, putus jari, buta mata dan ada yang mati sebab membakar mercun.

Penulis pengurusan kanan CMC Engineerin­g di Hong Kong

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia