Harian Metro

Harjid Singh diburu

 Ahli perniagaan Malaysia lesap RM6.5j dicari polis Indonesia

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@hmetro.com.my

Seorang ahli perniagaan Malaysia menjadi buruan polis Indonesia selepas disyaki menggelapk­an wang 22 bilion rupiah (RM6.5 juta) daripada pembekal buah pinang di republik itu.

Portal berita The Jakarta Post melaporkan notis buruan dikeluarka­n polis Jambi bagi mengesan ahli perniagaan dikenali sebagai Harjid Singh serta seorang lagi suspek iaitu pengarah syarikat pemprosesa­n buah pinang, PT Sari Nurto.

Menerusi laporan portal itu, Ketua Polis Tanjungjab­ung Barat ADG Sinaga berkata, kedua-dua suspek kini disekat serta dilarang meninggalk­an negara itu. “Aduan dibuat peniaga tempatan yang mengadu tidak menerima bayaran daripada syarikat berkenaan sejak Disember lalu.

“Buat masa ini kami menyoal siasat 12 individu yang tampil membuat laporan mengenainy­a,” katanya.

Menurut Sinaga, kedua-dua suspek gagal dikesan dan dipercayai masih berada di negara itu.

Katanya, susulan laporan itu, polis Indonesia turut menyita gudang syarikat terbabit di kampung Sungai Sare, daerah Bram Itam.

Sementara itu, seorang peniaga Andi Nawir berkata, dia mengalami kerugian 350 juta rupiah (RM104,265) selepas menjual buah pinang kepada syarikat itu sejak enam bulan lalu.

Katanya, dia mula menjual buah pinang kepada Harjid kerana syarikat itu menawarkan harga belian lebih tinggi.

“Bagi setiap kilogram, syarikat itu menawarkan bayaran antara 20,000 (RM5.96) hingga 22,000 rupiah (RM6.55) berbanding 16,000 rupiah (RM4.77) ditawarkan syarikat tempatan.

“Biasanya, selepas tiga kali penghantar­an iaitu bersamaan berat mencecah hingga 10 tan yang dibenarkan bagi setiap penghantar­an, mereka segera membuat bayaran.

“Namun sejak Disember lalu, ada kalangan kami tidak menerima sebarang bayaran dan membuat keputusan untuk melaporkan­nya kepada polis,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia