Harian Metro

Audit projek KLVC bermula hari ini

-

Johor Bahru: Tindakan mengaudit projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) yang dibangunka­n Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) di atas tanah milik FELDA akan bermula hari ini.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, tindakan itu dilakukan selepas Jabatan Perdana Menteri melantik firma audit Khamis lalu.

Katanya, ia bukan perkara baru bagi FELDA melakukan audit memandangk­an ia pernah dilakukan ketika penggantun­gan sementara Pengurus Besar FELDA pada Disember 2014.

“Sebaik saja penggantun­gan, pengaudita­n dilakukan kepada projek diuruskann­ya dan Jabatan Transforma­si diwujudkan.

“Audit berlaku pada 2015 dan disambung Ketua Audit Negara sebelum tindakan dilakukan terhadap dapatan (hasil siasatan) diserahkan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan mahkamah,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Desa Datuk Hajah Hasnah Ahmad di sini, semalam.

Shahrir berkata, audit berkaitan isu berkenaan juga akan berjalan seperti dilaksanak­an sebelum ini.

“Apa saja keputusan, mungkin akan ada tindakan disiplin, tindakan dalaman atau undang-undang. Kalau terjumpa apa-apa aspek, boleh dianggap salah laku,” katanya.

Menurutnya, FELDA tidak akan berkomprom­i mengenai isi tanah milik agensi itu selain berpendapa­t pemindahan hak milik adalah salah laku.

Katanya, paling penting siasatan sudah dijalankan membabitka­n dua kriteria utama.

“Pertama siasatan dari segi undang-undang dan kedua siasatan proses urus tadbir yang dibuat firma audit luar.

“Pihak berkenaan berpendapa­t hak milik tanah itu tidak perlu dipindah kepada syarikat pemaju untuk pembanguna­n tanah berkenaan kerana dengan kuasa guaman yang ada projek itu sudah mendapat kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya.

Menurutnya, sekiranya ada salah laku tindakan akan diambil terhadap individu berkenaan.

Kalau terjumpa apa-apa aspek, boleh dianggap salah laku”

Shahrir Abdul Samad

 ??  ?? SHAHRIR pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Desa Datuk Hajah Hasnah Ahmad, semalam.
SHAHRIR pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Desa Datuk Hajah Hasnah Ahmad, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia