Harian Metro

Khuntab budak tomoi

-

 Remaja 13 tahun sertai lebih 60 perlawanan bukti keupayaan diri bertarung

gelanggang itu yang baru dibina melalui peruntukan diberikan Penaung Persatuan Muay Perak yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie.

Menurutnya, dia berterima kasih atas keprihatin­an Ahmad Shalimin yang mewakili kerajaan negeri kerana memberikan sumbangan kelengkapa­n gimnasium latihan membuatkan dia lebih selesa menjalani latihan berbanding dulu.

Ditanya bagaimana membahagik­an masa belajar dan latihan, Iskandar Zulkarnain berkata, dia memulakan aktiviti hariannya dengan berjoging pada jam 9 pagi iaitu sejauh enam kilometer (km) setiap hari.

“Saya bersekolah sesi petang. Disebabkan itu saya berjoging pada waktu pagi sebelum bersekolah dan selepas pulang saya menyiapkan kerja rumah diberikan guru terlebih dulu.

“Latihan bermula jam 9 malam selepas selesai menyiapkan kerja sekolah dan tamat jam 11 malam sebelum saya merehatkan badan kerana sukan ini memerlukan rehat yang cukup,” katanya.

Iskandar Zulkarnain berkata, dia tidak mengambil sebarang pil tambahan sebaliknya menjaga makan pada setiap waktu ditetapkan dan pengambila­n makanan tidak boleh berlebihan termasuk meminum susu setiap malam.

Sementara itu, Mohd Ezry A’Zamin berkata, segala aktiviti anaknya itu diuruskan Pengurus Iskandar Blood Brother yang juga Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jering, Fareezuan Ong Abdullah.

“Iskandar Blood Brother ini ditubuhkan SK Changkat Jering kerana dua lagi anak saya iaitu Iskandar Hazriq, 10, dan Iskandar Danish, 6, juga membabitka­n diri dalam sukan ini dan menyertai beberapa pertanding­an,” katanya.

 ??  ?? ISKAN DAR Zu lkar n ain dibantu bapanya, Mohd Ezry mempersiap­kan diri untuk mengharung­i Kejohanan Xtreme Muay Championsh­ip di India.
ISKAN DAR Zu lkar n ain dibantu bapanya, Mohd Ezry mempersiap­kan diri untuk mengharung­i Kejohanan Xtreme Muay Championsh­ip di India.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia