Harian Metro

Lain mengejek, lain ditikam

-

Mersing: “Bukan saya yang mengejek dia, tetapi rakan lain. Namun saya pula ditikamnya,” kata remaja, Muhammad Amri Omar, 15, mangsa tikam ketika mendengar ceramah Maulidur Rasul di Masjid Kampung Pengkalan Batu di sini, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa duduk di luar pekarangan masjid sebelum tiba-tiba ditikam belakang tubuhnya oleh suspek berusia 31 tahun bersenjata­kan pisau.

Mangsa berkata, dia tiba-tiba terasa sakit dan terus menjerit meminta tolong.

“Alhamdulil­lah jemaah lain membantu menyelamat­kan saya namun badan saya berlumuran darah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pengkalan Batu, di sini, semalam.

Menurutnya, dia dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di Hospital Mersing.

Sementara itu bapa mangsa, Omar A Rahman, 60, meluahkan rasa kesal dengan kejadian itu kerana suspek sering datang ke rumahnya dan mereka sekeluarga mengenali suspek.

Menurutnya, suspek berasal dari Kampung Pengkalan Batu yang juga orang kelainan upaya (OKU) kategori masalah pembelajar­an.

“Dia sering mengganggu anak perempuan saya yang juga kakak kepada Muhammad Amri.

“Kejadian yang berlaku bukan disebabkan dendam lama akibat diejek, sebalik berang kerana Muhammad Amri dan pasangan kembarnya, Muhammad Amru pernah memarahi suspek kerana sering mengganggu kakak mereka.

“Mungkin berang kerana pernah dimarahi anak, lelaki itu terus menikam anak saya,” katanya.

Berikutan itu, keluargany­a merayu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas suspek supaya kejadian sama tidak berulang.

Katanya, selain itu suspek sering menunggang motosikal di dalam kawasan kampung secara melulu hingga membahayak­an nyawa orang lain dengan alasan, dia seorang OKU.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superinten­dan Cyril Edward Nuing berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangk­an kecederaan menggunaka­n senjata.

Menurutnya, suspek ditahan orang ramai yang berada di tempat kejadian sebelum menyerahka­nnya kepada polis.

“Suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini (semalam) hingga 10 Januari ini,” katanya.

 ??  ?? MUHAMMAD Amru menunjukka­n belakang badan adiknya yang ditikam suspek.
MUHAMMAD Amru menunjukka­n belakang badan adiknya yang ditikam suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia