Harian Metro

Kini yakin beraksi di filem

- DARI MUKA R25

Emma berkata, sejak awal terbabit dalam bidang lakonan dia lebih selesa fokus drama. Namun apabila sering ditawarkan filem, dia menerimany­a tetapi belum bersedia memegang watak utama.

Sehinggala­h bertemu pengarah Michael Ang, dia menyahut cabaran memegang watak utama untuk filem Kimchi Untuk Awak.

“Sesetengah orang terima saja tawaran berlakon drama dan filem. Seperti saya, pada awalnya mahu orang lihat kemampuan dalam drama dulu. Saya tidak mahu nanti menjadi pertikaian apabila orang lihat lakonan dalam filem tidak sebagus drama.

“Tidak saya nafikan skop filem lebih besar dan bersyukur Michael banyak memberi tunjuk ajar selepas terbabit dalam filem Kimchi Untuk Awak,” katanya.

Emma berkata, keserasian bekerja dengan Michael membuatkan dia selesa sehinggala­h mereka kelihatan rapat.

“Saya memang perlukan pengarah seperti Michael. Jika sebelum ini saya kurang yakin memegang watak utama dalam filem, Michael banyak mengubah dan memperbaik­i lakonan saya.

“Saya perlukan pengarah yang terus terang walaupun kena jerit di

Emma berterima

kasih kepada Michael Ang apabila banyak perbaiki lakonannya

lokasi. Saya tidak kisah asalkan mereka tahu kelemahan yang perlu diperbetul­kan,” katanya.

Dalam pada itu, berkongsi mengenai tahun 2018, Emma mengakui jadual hariannya hampir penuh.

Walaupun belum dapat dijelaskan mengenai tawaran yang diterima, setiap bulan sudah ada yang menawarkan­nya watak.

“Buat sementara ini saya berehat dan fokus dalam perniagaan. Bermula hujung Januari ini saya akan ke lokasi penggambar­an Awak

Suka Saya Tak yang bakal ditayangka­n pada Aidilfitri nanti.

“Selain itu, sudah ada beberapa produksi yang menempah saya untuk berlakon tetapi belum dapat dipastikan sama ada drama atau pun telefilem,” katanya. -Syanty Octavia Amry

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia