Harian Metro

Belajar banyak perkara

-

telefilem Dari Kekasih Kepada Kekasih arahan Jamal Khan dan penolong pengarah Amy Nawari. Lebih seronok apabila penggambar­an dilakukan sekitar Kuala Pilah,

Seri Menanti, Juasseh, Kampung Rembang Panas dan Homestay Lonek.

“Kebetulan saya tinggal di Juasseh dan memudahkan pergerakan saya dari rumah ke lokasi pengambara­n. Lebih mudah kebanyakan skrip mengikut loghat negeri Negeri Sembilan dan suasana kampung yang mendamaika­n,” kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Juasseh, Kuala Pilah ini.

Katanya, dia sudah berlakon hampir 30 drama tempatan tetapi lebih kepada watak pembantu dan filem Papadom 2 membawa watak kecil.

“Saya berharap akan mendapat peluang berlakon filem untuk mengembang­kan bakat yang dicungkil pengarah Meor Hashim Manap menerusi drama Cucu Wan Lebor tujuh tahun lalu. Bermula dari situ, satu demi satu tawaran datang tetapi kebanyakan­nya watak pembantu.

“Walaupun masih bersekolah, setakat ini pelajaran saya tidak terganggu walaupun kerap mengambil cuti kerana terbabit dengan pengambara­n. Untuk memudahkan pergerakan dan menerima tawaran, saya melantik pengurus iaitu Shak (Shakran Mohamad) yang banyak membantu,” katanya.

Syamim berkata, antara babak yang paling tidak dapat dilupakan dalam telefilem ini ialah apabila bapanya (Zaidi) merebutnya sehingga mendatangk­an rasa sakit.

“Babak ini diulang beberapa kali, kena tampar, kena tarik dan sakit habis seluruh badan tetapi hasilnya amat memuaskan dan saya rasa ia lakonan yang belum pernah dilakukan sebelum ini.

“Banyak pengajaran­nya dalam cerita telefilem ini iaitu jika ibu bapa tidak sehaluan, kesannya kepada anak yang menjadi mangsa keadaan. Saya harap melalui telefilem ini akan melonjakka­n nama sebaris dengan pelakon handalan tanah air suatu hari nanti,” katanya yang meminati Zizan Razak.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia