Harian Metro

Ayah penuhi hasrat Adam Hatta

-

Ditanya keistimewa­an lagu ini, Adam berkata, konsep pop rock yang dipilih pasti membuatkan­nya disukai peminat.

“Genre ini disukai oleh ramai pendengar dan muziknya mudah diterima. Liriknya pula berkaitan cinta remaja yang senang difahami semua.

“Biarpun masih muda dan belum pernah bercinta, saya banyak dapat panduan daripada Abang Din cara untuk menghayati lagu dan lirik,” katanya yang mengambil masa selama tiga hari untuk merakamkan suara.

Kejayaan beberapa penyanyi remaja yang berjaya mencipta nama, membakar semangat

Adam untuk memburu kejayaan dalam bidang seni.

“Pertamanya saya gembira kerana bernaung di bawah syarikat yang turut mempunyai artis besar seperti Datuk Seri

Siti Nurhaliza, Ella dan ramai lagi.

“Kedua, saya lihat masyarakat sekarang bersikap terbuka apabila menyambut kehadiran penyanyi baru dengan baik. Kami juga bersaing secara sihat dan tiada istilah cemburu,” katanya.

Dalam pada itu, Adam turut beruntung kerana lagunya akan turut dimuatkan dalam album kompilasi khas terbitan Universal Music Malaysia.

“Semua artis yang mempunyai single terbaru akan dimuatkan dalam album ini antaranya Sahara Yaacob, Rem, kumpulan Lekir dan Ramlah Ram.

“Album ini akan dilancarka­n secara besarbesar­an di sebuah lokasi tak lama lagi. Biarpun gementar, ini sesuatu yang amat mengujakan saya,” katanya.

Universal Music juga tampil dengan kelainan dengan memasukkan muzik video Rindu

Dalam Sengsara menerusi medium Vevo berbanding YouTube. Ia bagi memberikan pendapatan yang lebih baik untuk lagu ini.

Peminat boleh mengikuti perkembang­an Adam Hatta menerusi Instagram official. adamhatta.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia