Harian Metro

SO7 belum terfikir bersara

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Sudah 22 tahun dalam industri muzik malah tidak pernah rasa

tergugat dengan kehadiran band baru

Band popular Indonesia, Sheila On 7 (SO7) tidak pernah tergugat dengan kehadiran band baru, sebaliknya memandangn­ya sebagai kepelbagai­an kepada pendengar.

Pemain bass, Adam Subarkah berkata, setiap pendengar mempunyai selera muzik berbeza dan bebas mengundang artis diminati untuk membuat persembaha­n.

“Tahun ini, ada penganjur akan pilih SO7, tetapi tahun depan mungkin mereka mahu artis lain dan mengikut tema acara. Kami tiada masalah,” katanya pada sidang media Konsert Sheila On 7 Live in Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hadir sama, pemain gitar mereka, Eross Chandra. Namun, anggota lain iaitu Duta (vokalis) dan Brian Kresno Putro (dram) tidak hadir kerana ada komitmen lain di Indonesia.

Selepas 22 tahun berkecimpu­ng dalam bidang seni, Adam berkata, SO7 belum ada perancanga­n untuk berundur dari karier muzik.

“Muzik sudah sebati dalam jiwa kami. Tiada yang kami boleh lakukan selain bermain muzik.

“Sepanjang 22 tahun banyak kenangan manis bersama anggota SO7. Mungkin perancanga­n Tuhan, kami bertemu isteri masing-masing menerusi karier nyanyian,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Eross berkata, SO7 kini bergerak sendiri tanpa bernaung di bawah manamana syarikat rakaman.

“Kami mahu menguruska­n kerjaya seni sendiri dan sekarang adalah kumpulan indie. Sebelum ini, kami diuruskan Sony Music.

“Sudah tiba masa kami cuba mengurus sendiri dan pengalaman lama dalam pengalaman lama mengajar kami mengenali selok-belok industri muzik,” katanya.

Sementara itu, SO7 akan mendendang­kan single baru mereka Film Favorit di konsert yang bakal berlangsun­g di Starxpo Hall, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur pada 10 Februari ini.

Single itu sebagai hadiah kepada peminat yang terus menyokong SO7 sepanjang 20 tahun dalam industri muzik.

Kali terakhir kumpulan itu mengeluark­an lagu baru menerusi album Musim Yang Baik pada 2014.

Menurut Eross, Film Favorit bermakna buat

SO7 kerana mengajak pendengar supaya berfikiran positif.

“Orang muda sekarang mudah mengalah dan jiwa tidak kental. Jadi lagu ini menasihati mereka supaya tidak mudah berputus asa,” katanya.

Katanya, buat masa sekarang SO7 mahu fokus mengeluark­an single dulu sebelum menghasilk­an album baru.

“Kami belum ada perancanga­n untuk keluarkan album baru. Mungkin kami kenalkan empat atau lima single dulu dan kumpulkan semua lagu itu dalam satu album,” katanya.

Mengenai konsert,

Eross berkata, kumpulan itu akan membuat kepelbagai­an dalam pemilihan lagu.

“Kalau sebelum ini, peminat selalu bertanya kenapa tidak main lagu tertentu. Bagi konsert kali ini, selain lagu hit, kami akan menyanyi lagu yang jarang persembahk­an sebelum ini,” katanya.

Dalam konsert anjuran Shiraz Project itu nanti, SO7 bakal menyampaik­an sebanyak 20 lagu antaranya Sephia, Dan, Seberapa Pantas, Melompat Lebih Tinggi dan Pria Terhebat.

Tiket menyaksika­n konsert berharga antara RM85 hingga RM315 boleh didapati di www.myticket. asia.

Selain itu, peminat berpeluang bertemu secara peribadi dengan SO7 dengan pembelian tiket Meet & Greet.

 ?? FOTO ??
FOTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia