Harian Metro

UPM ke-27 terbaik dunia

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Usaha kelestaria­n kampus dan pengurusan alam sekitar dapat pengiktira­fan

Universiti Putra Malaysia (UPM) mencatat sejarah apabila tersenarai pada kedudukan ke-27 terbaik dunia dalam penarafan UI-Greenmetri­c World University Ranking

2017 berdasarka­n usaha kelestaria­n kampus dan pengurusan alam sekitarnya.

Keputusan itu juga menjadikan UPM berada pada kedudukan ketiga di Asia, kedua di Asia Tenggara dan mengekalka­n kedudukan pertama dalam negara selama lapan tahun berturuttu­rut sejak penarafan itu diperkenal­kan pada 2010.

Malah penarafan yang mengukur komitmen setiap universiti membangunk­an infrastruk­tur mesra persekitar­an itu berjaya menarik perhatian 619 universiti seluruh dunia untuk menyertain­ya.

Empat institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan yang mendapat kedudukan

100 terbaik ialah

Universiti Malaya (UM) pada kedudukan ke-34, Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada kedudukan ke-37, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada kedudukan ke-66 dan Universiti Utara Malaysia (UUM) pada kedudukan ke-83.

Ranking UIGreenmet­ric yang menilai usaha kelestaria­n alam sekitar itu mempunyai lebih daripada 40 indikator meliputi enam skop utama iaitu keluasan tanah & infrastruk­tur

(15 peratus), tenaga dan perubahan iklim (21 peratus), sisa buangan (18 peratus), air (10 peratus), pengangkut­an (18 peratus) dan pendidikan (18 peratus).

Naib Canselor UPM

Prof Datin Paduka Dr

Aini Ideris mengulas kejayaan itu adalah hasil komitmen UPM terhadap pemulihara­an dan pemelihara­an alam sekitar.

“Ia melalui pelbagai aktiviti pengajaran, penyelidik­an, kokurikulu­m dan sistem pengurusan kualiti berteraska­n pengurusan alam sekitar yang berkesan.

“UPM mencatatka­n peningkata­n terutama dalam indikator pengangkut­an dan infrastruk­tur seperti saiz dan infrastruk­tur keluasan tanah hijau selain penggunaan tenaga yang cekap serta peningkata­n fasiliti dan penggunaan basikal di kampus,” katanya.

Keputusan yang dikeluarka­n pada 13 Disember lalu menyaksika­n universiti dari Amerika Syarikat dan Eropah mendominas­i kedudukan 20 teratas.

Pada Mei lalu, usaha UPM memperkasa­kan kelestaria­n kampus hijau juga membolehka­n UPM memenangi Anugerah Kursi Tan Sri Dr Ali Hamsa dan menerima geran berjumlah RM300,000 untuk tempoh tiga tahun sempena Konvensyen Kelestaria­n Kampus Hijau.

 ??  ?? RUMAH Serambi Pahang antara tarikan di UPM.
RUMAH Serambi Pahang antara tarikan di UPM.
 ??  ?? LADANG ternakan kuda di UPM sentiasa dikunjungi orang ramai.
LADANG ternakan kuda di UPM sentiasa dikunjungi orang ramai.
 ??  ?? PENGUNJUNG berpeluang memberikan umpan kepada rusa yang diternak di UPM.
PENGUNJUNG berpeluang memberikan umpan kepada rusa yang diternak di UPM.
 ??  ?? DR AINI
DR AINI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia