Harian Metro

USIA 7 TAHUN TERLALU AWAL

-

Kanak-kanak masih dalam fasa meneroka diri dan tempoh bermain

(UPM) Siti Fatimah Abdul Ghani berkata, sebaikbaik­nya tuisyen bermula seawal darjah empat ke atas membabitka­n subjek yang tertentu dan perancanga­n masa yang sesuai serta tidak terlalu memberi tekanan kepada anak.

Katanya, tuisyen akan berkesan apabila ibu bapa juga turut memainkan peranan dengan mengambil berat prestasi anak dan bersama-sama memahami situasi pembelajar­an mereka.

“Peringkat umur 10 tahun ke atas dianggap tahap umur yang sudah mampu untuk berfikir dengan lebih tersusun dan fokus kepada pelajaran.

“Tahap usia ini juga mereka sudah melalui fasa pembelajar­an di sekolah selama tiga tahun. Pengalaman pembelajar­an itu membolehka­n mereka mulai membentuk matlamat secara tidak langsung,” katanya.

Katanya, usia tujuh tahun masih terlalu awal untuk anak dihantar ke pusat tuisyen yang memberi fokus tinggi kepada pembelajar­an serta ulang kaji pelajaran.

Namun jika kanakkanak seawal usia ini dihantar ke pusat membaca, sudah tentu ia tidak menjadi isu kerana latihan membaca tak sama dengan latihan di pusat tuisyen.

Siti Fatimah berkata, pada peringkat umur ini, kanak-kanak masih dalam fasa meneroka diri dan tempoh bermain.

“Anak boleh dibantu dengan memupuk minat membaca menerusi pelbagai usaha dan inisiatif yang lain berbanding terlalu awal menghantar mereka ke pusat tuisyen.

“Perlu diingatkan juga, anak tidak akan masuk universiti seawal tahun satu,” katanya.

Dewasa ini, sudah menjadi trend untuk menghantar anak seawal usia empat hingga enam tahun ke pusat tuisyen semata-mata mahu memastikan mereka bersedia untuk ke sekolah.

Ibu bapa turut tertekan dengan limitasi kepercayaa­n diri dalam memainkan peranan untuk membantu anak dalam pembelajar­an.

Ada sesetengah ibu bapa sangat risau jika anak mereka masih tidak pandai membaca apabila masuk ke tahun satu.

Siti Fatimah berkata, kerisauan ini membuatkan ibu bapa terburu-buru mencari inisiatif yang lebih mudah iaitu menghantar anak ke pusat tuisyen.

Kesannya, ibu bapa terlupa akan kesediaan anak dan peranan sebenar yang boleh dilakukan untuk membantu mereka.

“Oleh itu, kerisauan yang timbul perlu diperincik­an dengan usaha murni daripada ibu bapa sendiri iaitu meluangkan masa setiap hari untuk bersama-sama anak dalam membuat persediaan ke sekolah.

“Usaha ini adalah jauh lebih baik dan membantu mengeratka­n hubungan antara ibu bapa dengan anak. Dalam hal ini, ibu bapa boleh mengenal pasti matlamat pembelajar­an bersama anak mereka sambil melakukann­ya bersama.

“Paling tidak, ibu bapa perlu memperuntu­kkan masa 10 hingga 20 minit sehari untuk memupuk minat membaca serta belajar,” katanya.

Sementara itu,

Penolong Kanan Pentadbira­n Sekolah

 ??  ?? SEAWAL usia 10 tahun waktu sesuai untuk ibu bapa hantar anak mereka ke pusat tuisyen.
SEAWAL usia 10 tahun waktu sesuai untuk ibu bapa hantar anak mereka ke pusat tuisyen.
 ??  ?? MENGHADIRI tuisyen menjadi pilihan pelajar sekarang.
MENGHADIRI tuisyen menjadi pilihan pelajar sekarang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia