Harian Metro

SEMUA BERMULA DI GAZA

- Shuhada Mansor gen.y@hmetro.com.my

Tragedi buatkan Lutfi lebih berani melangkah, sasar berkhidmat di sekurang-kurangnya 100 negara

Berkongsi pengalaman paling sukar sepanjang pembabitan­nya dalam misi kemanusiaa­n, Lutfi Hafifi Japili menganggap peristiwa dia ditahan di Gaza, Palestin antara detik yang membuatkan dia sedar mampu teruskan usaha dalam bidang ini.

“Terperangk­ap hampir dua minggu kerana tidak dibenarkan keluar oleh

Mesir (pintu sempadan ditutup) memang meresahkan, namun perkara ini bertukar menjadi kisah istimewa apabila saya dapat merakamkan peristiwa perarakan syahid yang gugur di bumi Gaza.

“Itu antara momen paling sukar dan indah sepanjang pembabitan saya lebih tujuh tahun sebagai pekerja dalam misi kemanusiaa­n,” katanya.

Lutfi yang pernah belajar di Universiti Mu’tah, Jordan berkata, 2011 adalah tahun pertama dia menyertai dalam misi kemanusiaa­n bersama Mycorps di Lubnan dan ditugaskan di kem pelarian Palestin.

PERNAH JADI WARTAWAN PENYIARAN

Selepas tamat pengajian dan kembali ke tanah air, dia mencuba bidang baru dan memilih kewartawan­an.

“Kerana minat yang cukup tinggi dalam penulisan dan isu semasa, apatah lagi pengalaman bertugas di kawasan konflik mendorong saya untuk cuba bidang ini.

“Hampir lima tahun bekerja sebagai wartawan penyiaran di sebuah stesen televisyen, saya ambil keputusan untuk bergerak bebas dan kembali ke dunia misi kemanusiaa­n,” katanya.

Lebih menggembir­akan apabila usaha kerasnya dihargai. Hasil karya dia dan rakan sekumpulan pernah tersenarai sebagai lima finalis bagi kategori dokumentar­i pada Anugerah Skrin 2014 dan Anugerah Sri Angkasa 2014 bagi Program Mentari Palestin.

MOMEN PALING SUKAR

“Perkara paling mencabar adalah mengurus emosi. Sebagai pekerja dalam bidang yang penuh risiko ini, saya tidak terlepas daripada berhadapan dengan emosi menyakitka­n, mengerikan dan sedih. Itu perkara biasa.

“Oleh itu, kalau ada masa lapang, saya lebih suka habiskan waktu untuk diri sendiri iaitu memasak, makan dan membaca,” katanya.

Antara situasi berbahaya yang pernah dialami Lutfi adalah ketika berada di Beirut.

Katanya, letupan berlaku berdekatan tempat dia bertugas namun syukur kedudukann­ya yang cuma berbeza 10 minit dari lokasi pengeboman membuatkan mereka selamat.

“Misi saya untuk berkhidmat di sekurangku­rangnya 100 negara. Sekarang sudah 45 negara. Selain itu, saya berharap dapat berkhidmat di agensi kemanusiaa­n lebih besar seperti Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu.

“Saranan saya, sertailah kerja kemanusiaa­n walaupun hanya menyapu surau di kawasan rumah anda, penuhkan aktiviti dengan kerja bermanfaat,” katanya.

 ??  ?? BERSAMA kanak-kanak Bajau Laut di Semporna, Sabah.
BERSAMA kanak-kanak Bajau Laut di Semporna, Sabah.
 ??  ?? PENGALAMAN berada di Gaza ketika perang pada 2012.
PENGALAMAN berada di Gaza ketika perang pada 2012.
 ??  ?? BERSAMA anak Kemboja ketika misi pendidikan di Bek Anlong, Phnom Penh.
BERSAMA anak Kemboja ketika misi pendidikan di Bek Anlong, Phnom Penh.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia