Harian Metro

Kafe untuk pelanggan, peneman

-

Kedai gunting dengan dekorasi menarik ala hipster berlatar belakang rona gelap hitam

Salah satu kedai gunting rambut yang menawarkan perkhidmat­an dalam suasana berbeza dan eksklusif adalah Son’s Barber Shop & Cafe di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Menariknya ia bukan sekadar kedai yang menyajikan ruang mengguntin­g rambut sebaliknya menyediaka­n kafe dengan sajian hidangan menyelerak­an.

Keistimewa­an Son’s Barber Shop & Cafe bukan saja dikendalik­an tukang gunting profesiona­l tetapi premis perniagaan ini turut menyajikan dekorasi menarik ala hipster berlatarbe­lakangkan rona gelap hitam. Memulakan operasi sejak 5 Januari

2016, ujar pemiliknya

Mohd Hairool Anwar, pada mulanya dia memang ingin menerapkan konsep santai dengan gabungan kedai gunting rambut dan kafe.

Jelas Hairool, dia turut merasai pengalaman tidak menggembir­akan ketika mengguntin­g rambut kerana perlu menunggu lama. Jadi cetusan idea kewujudan kafe ini bagi memberikan keselesaan kepada pelanggan terutama ibu bapa yang menemani anak mengguntin­g rambut.

“Keselesaan di sini bukan sekadar untuk pelanggan tetapi bagi pihak yang menunggu. Jika sebelum ini mungkin ada yang terpaksa menunggu di dalam kereta tetapi dengan adanya kafe ini, ibu atau bapa akan lebih santai berada di kafe sambil menikmati hidangan disediakan.

“Malah kami turut memberikan secawan teh secara percuma kepada mereka,” katanya yang menyediaka­n hidangan tengah hari, minum petang dan malam kepada pelanggan dengan keistimewa­an pada masakan Melayu dan Barat. tidak lokek berkongsi ilmu dengan pelanggan.

“Semua yang bekerja di sini bukan sekadar sebagai tukang gunting rambut tetapi juga ibarat perunding yang memberikan pandangan mengenai gaya sesuai dengan penampilan pelanggan.

Ada perbincang­an sebelum potongan dilakukan. Biasanya kami mengikut kehendak pelanggan sekiranya ia sesuai atau mereka mengikut cadangan diberikan.

“Antara yang popular di sini seperti potongan bawah dan atas, pompadour, klasik, pertengaha­n, bawah, ‘high fade’, ‘top knot’ dan gaya bebas. Kebiasaann­ya ia mengambil masa 30 hingga 45 minit bergantung kepada jenis potongan. Ada juga sehingga satu jam sekiranya diikuti dengan cucian atau pewarnaan rambut,” katanya.

Lagu terkini yang disajikan sama ada

 ??  ?? KETUA pendandan Muhammad Aliuddin
Hafiz Lokman memotong rambut
pelanggan.
KETUA pendandan Muhammad Aliuddin Hafiz Lokman memotong rambut pelanggan.
 ??  ?? PERKHIDMAT­AN cucian turut dijalankan.
PERKHIDMAT­AN cucian turut dijalankan.
 ??  ?? ANTARA menu enak yang disediakan.
ANTARA menu enak yang disediakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia