Harian Metro

Platform meditasi sekeluarga

-

Tukar 100 peratus ruang terbiar kemudian dihiasi hampir 30 jenis tumbuhan herba

Dengan bercucuk tanam juga tanpa sedar kita dapat melihat pokok membesar, berbunga, berbuah dan seterusnya tua serta mati.

Itu adalah hakikat sebenar kehidupan manusia yang lahir dan membesar menjadi remaja, dewasa, berumah tangga dan seterusnya meninggalk­an alam ini.

“Tumbuh-tumbuhan ini banyak mengingatk­an saya mengenai asal usul kejadian manusia. Pada masa sama saya turut berinterak­si dengan alam dan menyedut udara segar setiap hari. Ia terapi bagi saya,” katanya yang sangat mengagumi mereka yang memiliki taman yang hebat dan penuh kehijauan. Tetapi tidak semua orang mempunyai minat berkebun terutama individu yang tinggal di kawasan kediaman teres lot tengah kerana beranggapa­n ruang ada terlalu kecil untuk dihias.

“Oleh kerana rumah berada di tengah, saya mengambiln­ya sebagai cabaran apabila bersama suami menggunaka­n sepenuhnya bahagian belakang rumah dengan menukar 100 peratus ruang terbiar kemudian dihiasi hampir 30 jenis tumbuhan herba yang ditanam di dalam pasu, bekas plastik dan tangki air.

“Ada antaranya adalah spesies yang jarang ditemui seperti buah ajaib, mahkota dewa dan belalai gajah. Pada saya taman herba ini juga umpama platform meditasi saya sekeluarga merehatkan minda dan fizikal serta mendekatka­n diri dengan alam semula jadi,” katanya yang turut menanam herba popular seperti mas cotek jantan, mas cotek betina, sirih, bangun-bangun, sabung nyawa, senduduk putih, senduduk ungu, kunyit hitam dan halia bentong.

Dia turut berkongsi mengenai keunikan buah ajaib yang dapat menghilang­kan rasa pedas dan menghadirk­an rasa manis ketika mengambiln­ya. Selain herba, Siti Mariah turut menanam tumbuhan untuk kegunaan harian dalam masakan seperti selom, limau purut, lemon, pandan, kunyit, limau nipis, cili padi, ulam raja, tomato, bawang dan lengkuas.

Ada juga herba Inggeris seperti basil, rosemary, selasih, pudina dan salam yang hidup subur kerana diberikan penjagaan rapi.

MEDAN KELUARGA BERSANTAI

“Adanya tumbuhan ini memudahkan saya memasak. Saya hanya perlu petik di belakang rumah dan ini sudah pasti dapat menjimatka­n belanja selain menyahut seruan kerajaan untuk menanam sayur sendiri. Tanaman kontan ini juga mudah dijaga. Saya dan suami juga gemar makan ulam-ulaman segar kerana baik untuk kesihatan. Pokok terbaru yang saya tanam ialah letup-letup.

“Banyak kegunaan letup-letup ini rupanya. Pokok ini digunakan dalam perubatan dan dikatakan boleh mengubati pening, sakit pinggang dan kanser. Buahnya yang muda dijadikan ulam manakala yang masak dibuat jus untuk merawat sakit kerongkong,” katanya.

Tumbuhan seperti mahkota dewa, misai kucing, mas cotek dan belalai gajah akan dikeringka­n untuk kegunaan sendiri. Biasanya suami mengambil alih tugas ini. Buah yang sudah kering dibungkus kecil untuk diberikan kepada saudara mara, jiran dan rakan sepejabat. Ada juga yang membeli mahkota dewa, misai kucing, mas cotek dan belalai gajah kerana khasiatnya. Selain digunakan sendiri wanita ini mengakui dia juga dapat menjana pendapatan.

“Namun itu bukan tujuan utama kerana konsep saya lebih kepada bersedekah dan berkongsi rasa dengan semua sahabat. Apabila saya menghasilk­an sendiri saya tahu tiada bahan sampingan dicampurka­n. Misalnya mahkota dewa ini suami saya akan potong nipis dan dikeringka­n tanpa dicampurka­n bahan lain. Ia hanya perlu direbus dan airnya diminum untuk mendapatka­n khasiatnya,” katanya.

Mengakui berkebun kerana minat, bukan untuk menunjuk-nunjuk atau bersaing dengan jiran sekeliling. Pada pendapat Siti Mariah jika ada berkebun kerana terikutiku­t jiran, ia tidak bertahan lama. Akhirnya semua pokok tidak terjaga dan mati.

“Pada saya semuanya berbalik pada niat.

Berkebun sama macam kerjaya lain perlu jujur, ikhlas dan disertai minat mendalam, Insya-Allah pasti akan berjaya. Pada masa sama perlu mengikut kemampuan diri.

“Dalam konsep penjagaan tanaman di taman herba haruslah konsisten. Saya dan suami selalunya akan membuang rumput, membaja, menanam anak pokok baru pada hari minggu. Agar tidak terlupa menabur baja saya akan tulis peringatan di telefon bimbit tarikh yang sesuai,” jelasnya yang turut mendapat bantuan anak untuk membersihk­an kebun.

Menariknya taman herba ini juga menjadi medan keluarga berkumpul. Biasanya pada hujung minggu ada saja aktiviti dilakukan seperti barbeku atau paling tidak minum petang bersama. Sambil bersantai Siti Mariah dan suami dapat melihat anak-anak pokok herba membesar dengan sihat.

Jelasnya, dia bersyukur kerana suami mempunyai minat yang sama. Suami bukan saja menjaga tanaman di halaman tetapi turut mengambil berat ruang di luar kediaman. Contohnya tanah lapang di hujung kawasan pejalan kaki berhadapan rumah ditanam pokok ubi, serai, nanas, keladi, pisang dan pandan untuk kegunaan seharian.

“Tetapi biasalah apabila menanam di luar rumah hasilnya belum tentu dapat dirasa. Kadang-kadang burung atau mereka yang lalu-lalang mengambiln­ya terlebih dahulu. Tetapi saya tidak kisah, dapat juga kami bersedekah secara tidak langsung,” katanya.

Mengakui banyak mendapatka­n ilmu penjagaan herba menerusi blog, media sosial dan membeli majalah, Siti Mariah juga sering melayari Facebook dan Instagram untuk berkongsi maklumat dan mendapatka­n info berkaitan penjagaan pokok.

“Saya juga ada memberi sedikit tip penanaman dan penjagaan pokok kepada kawan di media sosial.

Pada saya inilah salah satu cara untuk memberikan ilmu dan sedekah secara tidak langsung. Menjaga pokok ini sebenarnya tidak susah. Bukan hanya baja, makanan terbaik adalah belaian mesra dan kata-kata pujian. Tumbuhan juga perlukan kata-kata perangsang untuk membesar dan hidup subur,” jelasnya yang pernah menjuarai pertanding­an landskap anjuran Majlis Perbandara­n Sepang, kategori rumah teres lot tengah pada 2015. -Siti Zarinah Sahib

 ??  ?? SETIAP pokok dilabel dengan baik bagi memberi pengetahua­n kepada pengunjung.
SETIAP pokok dilabel dengan baik bagi memberi pengetahua­n kepada pengunjung.
 ??  ?? PADA hujung minggu
Siti Mariah berada di taman herba bagi memastikan tanaman berada dalam keadaan baik.
PADA hujung minggu Siti Mariah berada di taman herba bagi memastikan tanaman berada dalam keadaan baik.
 ??  ?? HIJAU dan dijaga rapi.
HIJAU dan dijaga rapi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia