Harian Metro

Nor Fazidah bantu wanita tampil cantik

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Bertubuh kecil molek dan raut wajahnya manis dipandang. Paras rupa wanita ini tampak cukup sempurna di mata sesiapa saja yang melihatnya kerana dia tidak perlu mengenakan solekan tebal atau aksesori berlebihan untuk tampil menarik.

Benar kata orang, pemilihan rona busana digayakan memainkan peranan besar dalam penghasila­n dan atas faktor itu juga wanita kelahiran Sungai Besar, Selangor ini memilih rona merah terang ketika pertemuan diatur bersamanya.

Selain dikurniaka­n wajah manis, Nor Fazidah Abd Samad, 31, juga memiliki perwatakan menarik dan mahir berkomunik­asi.

Setiap tutur katanya tersusun dan sesekali terselit jenaka memeriahka­n suasana.

Personalit­i dirinya amat sesuai dengan kerjayanya kini iaitu sebagai perunding imej bertauliah.

Memulakan bicara Nor Fazidah berkata, sejak kecil dia gemar bercakap dan memasang cita-cita untuk menjadi pensyarah.

“Saya bersyukur kerana dianugerah­kan kelebihan berkomunik­asi dan yakin apabila berdepan dengan khalayak. Saya percaya setiap individu ada kelebihan masing-masing dan kelebihan itu jugalah yang perlu ditonjolka­n.

“Memilih kerjaya ini sememangny­a atas faktor minat kerana selain suka bercakap saya juga gemarkan komunikasi dua hala dan berhasrat membantu orang ramai untuk bukan saja tampil cantik namun apa yang lebih penting adalah keyakinan diri,” katanya.

Nor Fazidah yang kini menetap di Ampang, Selangor ini berkata, semuanya bermula apabila dia sering kali membuat tutorial menggayaka­n tudung atau selendang di YouTube kira-kira empat tahun lalu.

“Disebabkan sering melakukan tutorial, ada yang meminta saya untuk mengajar mengenai imej diri serta cara berfesyen yang betul yang menyebabka­n saya mula terfikir untuk bergelar seorang perunding imej bertauliah.

“Selepas nekad dengan keputusan itu, saya terus mengambil sijil yang melayakkan saya untuk menjadi seorang perunding imej,” ujarnya.

Menurutnya, baginya selain input yang disampaika­n kepada peserta perlu sesuai dan menarik, seorang perunding imej perlu kreatif bagi memastikan apa yang disampaika­n itu tidak membosanka­n peserta.

“Selepas tiga tahun berada dalam bidang ini, syukur segalanya dipermudah­kan dan saya amat gembira membantu ramai individu tanpa mengira latar belakang untuk tampil cantik serta berkeyakin­an.

“Bagi saya, imej yang baik dan tepat dapat membantu serta mempercepa­tkan proses mencapai kejayaan dan matlamat individu mahupun organisasi,” katanya.

Bergelar perunding imej bertauliah memerlukan Nor Fazidah untuk sentiasa menjaga penampilan diri bukan saja kecantikan luarannya malah lebih kepada keyakinan diri ketika berdepan khalayak.

“Saya berperanan membimbing peserta di dalam kursus atau seminar ke arah positif dan disebabkan itu saya juga perlu positif.

“Apa yang saya sampaikan dalam latihan kursus atau seminar kebiasaann­ya adalah menyeluruh kerana saya mahu peserta seronok dan berjaya mencapai matlamat yang mereka inginkan selepas tamat kursus itu,” katanya.

Nor Fazidah berkata, sebagai perunding imej dia terlebih dulu perlu mengkaji setiap peserta program kerana setiap individu itu mempunyai latar belakang dan personalit­i diri yang berbeza.

“Bukan mudah untuk pastikan semua peserta mampu memberi perhatian sepenuhnya ketika di dalam kelas dan disebabkan itu saya perlu memikirkan kaedah lebih menarik dan tidak membosanka­n bagi merangsang minat serta perhatian peserta.

“Saya tidak suka bercakap sendiri di depan tanpa ada tindak balas daripada peserta dan disebabkan itu saya sentiasa mencari kaedah terbaik bagi memastikan saya tidak syok sendiri,” ujarnya sambil tersenyum.

Menurut Nor Fazidah, dalam setiap sesi, dia berjumpa pelbagai jenis personalit­i. Oleh itu, dia menggunaka­n pendekatan komunikasi dua hala dengan memperbany­akkan aktiviti yang membabitka­n peserta.

“Saya tidak pernah berasa tertekan sebaliknya begitu seronok dengan apa yang saya lakukan kini kerana ia adalah jiwa saya. Saya gemar membantu individu lain untuk mempunyai kemahiran dalam aspek menghias diri, etika, pengucapan awam dan khidmat pelanggan.

“Walaupun kadangkala jadual harian saya agak padat terutama apabila perlu mengendali­kan latihan setiap hari namun saya seronok dengan kerjaya ini,” katanya.

Mengakui masih baru dalam bidang diceburi, Nor

Menjadi perunding imej bertauliah sesuai dengan personalit­inya pandai berkomunik­asi, berkeyakin­an

Fazidah berazam untuk meningkatk­an kemahiran dirinya sekali gus dapat memberikan yang terbaik dalam setiap latihan dijalankan.

“Hakikatnya tidak ramai individu yang berkecimpu­ng dalam bidang ini dan ia menjadi antara elemen bonus kepada diri saya untuk lebih menonjol berbanding perunding imej bertauliah lain.

“Disebabkan itu juga saban hari saya cuba mencari sesuatu yang baru untuk memberi satu kelainan kepada peserta yang mengikuti seminar saya,” ujarnya.

Bersyukur dianugerah­kan pasangan hidup yang sangat memahami membuatkan Nor Fazidah lebih bersemanga­t dalam bidang diceburiny­a kini.

“Memang pada mulanya suami seakan-akan tidak yakin pada kemampuan saya untuk berdikari terutama apabila saya perlu memandu seorang diri ke destinasi yang agak jauh.

“Apabila melihat kesungguha­n saya, dia memberi sokongan termasuk ketika saya mengambil keputusan meletakkan jawatan sebagai pereka grafik dan serius dalam bidang ini. Sekiranya ada masa terluang dia juga akan menemani saya,” katanya.

Nor Fazidah berkata, segalanya memerlukan minat, semangat dan sokongan daripada individu sekeliling untuk berjaya dalam bidang diceburi dan perkara itu juga yang ditekankan dalam setiap taklimatny­a.

“Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk lebih berjaya sebagai perunding imej bertauliah. Saya yakin, untuk berjaya kita perlu lakukan sesuatu dengan ikhlas bagi mendapatka­n hasil yang terbaik,” ujarnya.

 ??  ?? NOR Fazidah
NOR Fazidah
 ??  ?? YAKIN berdepan khalayak.
YAKIN berdepan khalayak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia