Harian Metro

Pengajaran secara jenaka, santai

- Nor Raidah Awang am@hmetro.com.my

Telefilem berjudul Kelat-Kelat Manih terbitan YB Paklang Production pertama kali menggunaka­n sepenuhnya dialek Pattani.

Penerbitny­a yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubu

Gajah Ahmad Hasbullah Elias berkata, telemovie berkenaan berkisar kepada kisah masyarakat yang disampaika­n secara santai melalui lawak jenaka.

Menurutnya, penggambar­an bermula pada 13 hingga 17 Disember lalu dengan kos RM30,000 dan dijalankan di sekitar kawasan Batu Kurau dan Ijok, Perak.

“Idea menghasilk­an telemovie ini tercetus apabila saya melihat di Semenanjun­g Malaysia terdapat banyak dialek atau loghat yang dinamakan mengikut negeri.

“Apa yang kita ketahui pelbagai dialek mempunyai ciri sistem bunyi (fonologi) dan perbendaha­raan kata (leksikal) yang tersendiri.

“Dialek Pattani turut digunakan di Perak terutama di sekitar

Selama, Batu Kurau, Kubu Gajah dan Ijok selain di Kedah seperti Mahang, Baling serta Sik,” katanya selepas majlis tayangan perdana di Auditorium Pulapen Assam Kumbang Taiping di Selama, Perak, baru-baru ini.

Katanya, pembikinan telemovie dialek Pattani ini adalah khazanah bahasa Melayu yang amat bernilai dan perlu dipelihara, terutama golongan muda.

“Selain loghat yang digunakan telemovie ini turut mengisahka­n kehidupan masyarakat di samping memperkena­lkan produk pelanconga­n yang terdapat di sini.

“Telemovie ini menampilka­n lakonan 100 peratus anak tempatan kecuali Mat Over yang turut sama berlakon,” katanya.

Kelat-Kelat Manih turut menampilka­n barisan terkenal antaranya Azza Elite.

Hasbullah berkata, telemovie berkenaan buat masa ini dijual dalam talian.

Orang ramai yang ingin mendapatka­n maklumat boleh layari carian di Facebook menggunaka­n nama Batu Kurau Online.

Beliau berharap orang ramai akan terhibur dengan telemovie berkenaan di samping mendapat pelbagai pengajaran melaluinya.

 ??  ?? MAT Over turut membintang­i telemovie ini.
MAT Over turut membintang­i telemovie ini.
 ??  ?? PENGGAMBAR­AN Kelat-Kelat Manih yang arahkan oleh Usu Azhar Hamzar.
PENGGAMBAR­AN Kelat-Kelat Manih yang arahkan oleh Usu Azhar Hamzar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia