Harian Metro

Raja Ema tak tolak jodoh

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@hmetro.com.my

Hampir tidak percaya apabila Raja Ema memberitah­u 10 bulan lagi usianya akan menjangkau 50 tahun.

Ini kerana tidak kelihatan langsung petanda bahawa wajahnya dimamah usia. Bahkan jika dia menipu usianya sekitar pertengaha­n 40-an pun peminat akan percaya.

Ditemui baru-baru ini, pelakon yang menyerlah menerusi filem Mawar Merah pada 1987 ini berkata, dia tidak mengamalka­n sebarang rahsia tertentu untuk nampak awet muda.

“Zaman sekarang lain kerana wanita lebih berdikari dan berfikiran terbuka. Saya senang hati kerana bebas menjalani kehidupan seharian.

“Saya boleh berlakon dan menyanyi tanpa perlu terkena gosip kurang menyenangk­an. Saya juga bebas bergaul dengan kawan wanita tanpa halangan. Jadi, tiada sebarang tekanan yang dilalui,” katanya.

Ibu tunggal kepada dua anak iaitu Putera Ammar, 23, dan Putera Al Kashah, 21, hasil perkahwina­n dengan penyanyi Sheqal ini bagaimanap­un bersikap terbuka mengenai jodoh.

Dia mengakui tidak menolak jodoh sekiranya ada.

“Tak dinafikan ramai yang nakkan saya tapi saya sudah ada modul dan kerjaya sendiri. Saya tak nak ubah lagi dan sekiranya mereka sukakan saya, mereka kena ikut cara saya.

“Tapi biasalah lelaki susah nak ikut semua itu. Tapi apabila hidup solo, saya dah buat semua malah rasa seronok dengan keadaan itu untuk ditinggalk­an,” katanya.

Menurutnya, dia sudah berkorban untuk anak-anak dan terasa rugi apabila mengabaika­n apa yang sudah diperoleh.

“Saya tak tahu apa yang akan berlaku pula apabila berkahwin semula. Jadi, apa pun yang berlaku saya sudah ada persediaan. Susah sebenarnya nak kendalikan lelaki.

“Bagaimanap­un, saya sangat selesa dengan kehidupan saya sekarang,” katanya.

Kembali menyanyi

Biarpun menyanyi, Raja Ema lebih dilihat menyerlah dalam lakonan. Hakikat ini diakuinya apabila sering ditawarkan berlakon berbanding nyanyian.

“Memang banyak orang undang saya berlakon. Sebenarnya saya pernah hasilkan single baru tapi apabila sudah berlakon, susah nak dapat tawaran menyanyi. Biasanya saya sering dapat tawaran berlakon drama episod.

“Cuma untuk pembukaan 2018, saya beruntung kerana Datuk Nassier Wahab tawarkan terbabit dalam persembaha­n Setangkai Irama 80 yang menampilka­n ramai artis seangkatan pada 21 Januari ini di Putrajaya,” katanya.

Raja Ema mengakui gembira dapat kembali menyanyi bersama rakan lama sekali gus mengimbas kembali nostalgia lama.

“Apabila ada penggambar­an drama, saya jumpa kawan dan kalau menyanyi kawan lain pula. Tambah lagi rasa rindu untuk menyanyi memang ada.

“Saya pasti akan menyanyika­n lagu popular saya iaitu Angan-Angan, Jejaka Idaman dan Mentari Korea. Saya percaya masih ada peminat menyukai nyanyian saya,” katanya.

Dalam pada itu, Raja Ema turut sukses sebagai ahli perniagaan apabila produk kesihatann­ya diterima baik oleh peminat di Singapura.

“Rezeki saya menyerlah di sana. Saya ada sabun yang dibuat sendiri. Setiap bulan saya akan turun ke sana untuk menjual produk serta bertemu pengedar di sana,” katanya.

Selesa dengan kehidupan solo dilalui sekarang bersama dua anak

 ??  ?? Tak dinafikan ramai yang nakkan saya tapi saya sudah ada modul dan kerjaya sendiri. Saya tak nak ubah lagi dan sekiranya mereka sukakan saya
Tak dinafikan ramai yang nakkan saya tapi saya sudah ada modul dan kerjaya sendiri. Saya tak nak ubah lagi dan sekiranya mereka sukakan saya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia